Page 171 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 171

Perhubungan


                 Interpersonal merujuk kepada kemahiran berinteraksi dengan individu lain atau
                 sekumpulan individu seperti ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Ia melibatkan
                 kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan.
                      Perhubungan  interpersonal  melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej
                 antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek komunikasi, seperti
                 mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan verbal dan
                 sebagainya terhadap ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
                      Hubungan interpersonal dapat membantu anda untuk memahami perlakuan
                 bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza
                 untuk membina perhubungan antara ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.


                              Aktiviti


                    •   Murid diminta membincangkan kepentingan perhubungan interpersonal dalam
                        kalangan ahli keluarga rakan, guru dan jiran.
                    •   Murid juga perlu menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan
                        ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.





                                                  Kemahiran asertif ialah
                                                    kemahiran menolak
                   Komunikasi bukan lisan          sesuatu ajakan secara           Contoh komunikasi
                  sesuai digunakan sebagai        tegas tetapi berhemah.          lisan ialah ketika dalam
                 contoh menggunakan kaedah                                        proses pengajaran dan
                    asertif untuk menolak                                             pembelajaran.
                  sesuatu dengan cara baik.



          PEERS



         1


















                162                                                                         6.1.1, 6.1.2, 6.1.4
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176