Page 177 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 177

Forum-Remaja Sihat, Keluarga Bahagia


                 Sempena  Kempen Hidup Sihat peringkat sekolah, telah diadakan satu forum yang
                 bertajuk “Peranan Remaja dalam Mencegah dan Mengurangkan Risiko Jerawat
                 dalam Kehidupan Seharian”.

                 Pengerusi:      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
                                  Sebelum saya meneruskan forum pada pagi ini, saya ingin perkenalkan
                                  ketiga-tiga panel. Di sebelah kanan saya, Profesor Chin Ming, Pensyarah
                                  Kanan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM. Cikgu Jayanthi A/P Lingam,
                                  Guru  Cemerlang  Pendidikan Kesihatan  SMK  Sri Laksana  dan  Dr.
                                  Fatimah binti Aripin, Pakar Perubatan Hospital Besar Benut. Baiklah,
                                  Dr. Fatimah, boleh terangkan maksud  dan jenis jerawat secara umum?

                 Dr. Fatimah:    Jerawat adalah radang kelenjar  sebaceous yang mengandungi nanah
                                  pada bahagian kulit. Kewujudan jerawat ini berpunca daripada infeksi
                                  bakteria khususnya bakteria propionibacterium. Penjagaan kebersihan
                                  muka perlu  bagi  mengelakkan daripada  jerawat. Masyarakat selalu
                                  mengatakan jerawat  ini disebabkan oleh  makanan  berminyak seperti
                                  kacang atau coklat dan juga disebabkan oleh resdung adalah satu mitos.
                                 Untuk pengetahuan jerawat terdiri daripada tiga jenis iaitu bintik putih
                                  atau  bintik hitam  (comedones), bonjol  merah yang  bernanah atau
                                  tidak, dan bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin
                                  mengakibatkan parut.


                 Pengerusi:      Pada pandangan Prof.  Chin,  bagaimanakah  cara untuk mengatasi
                                  masalah jerawat?









          PEERS



         1


















                168
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182