Page 179 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 179
Bijak Mengurus, Diri Terurus
Maksud Senggugut
Senggugut ialah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut
semasa didatangi haid. Terdapat dua jenis senggugut iaitu primer
dan sekunder. Remaja perempuan biasanya mengalami senggugut
primer, akibat penguncupan dinding rahim yang kuat. Biasanya
berlaku selepas 6 hingga 12 bulan selepas akil baligh apabila kitaran
ovulasi bermula. Senggugut sekunder berlaku disebabkan oleh
berlakunya patologi di pelvis dan rahim. Senggugut biasanya berlaku
dalam kalangan wanita berusia tetapi masih di datangi haid.
Punca Senggugut
Proses penguncupan dinding rahim bagi mengeluarkan ketulan
darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput
endometrium menyebabkan senggugut. Darah ini perlu dikeluarkan
melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim remaja
masih sempit dan menyebabkan berlakunya penguncupan dinding
rahim yang amat kuat.
Lebihkan
Elakkan pengambilan Amalkan
pengambilan karbohidrat yang senaman rutin
garam berlebihan mengandungi
serat yang tinggi
PEERS
Elakkan
Elakkan pengambilan
pengambilan minuman
diet yang tinggi berkafein,
1
lemak coklat, teh dan
tidak tepu berkarbonat
Amalkan Elakkan
pengambilan Langkah Mengatasi pengambilan
vitamin-vitamin Senggugut minuman
tertentu beralkohol
170 7.1.3

