Page 12 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 12

Rajah 1.2 menunjukkan masalah binaan anak tangga yang
                 menggunakan  batu  bata.  Berapakah  jumlah  batu  bata  yang
                 digunakan untuk membina tangga ini?
                                                                                  La yari laman sesa w ang
                                                                                  Layari laman sesawang
                                                                                  ini untuk memahami
                                                                                  teknik leraian.









                               Rajah 1.2  Masalah binaan anak tangga               http://goo.gl/1DnjfW
                    Teknik  leraian  boleh  digunakan  untuk  menyelesaikan
                 masalah  ini  dengan  memisahkan  binaan  anak  tangga  kepada
                 beberapa bahagian yang lebih kecil dan ringkas. Binaan anak
                 tangga  dibahagikan  kepada  lima  bahagian  mengikut  anak
                 tangga. Rajah 1.3 menunjukkan cara teknik leraian digunakan.

                                                                                    Cuba   Fikirkan

                                                                                  Bagaimanakah teknik
                                                                                  leraian digunakan
                                                                                  untuk membina
                                                                                  sebuah rumah?
                 (a)   Bahagian anak      (b)   Bahagian anak     (c)   Bahagian anak   Cuba gunakan peta
                    tangga pertama         tangga kedua        tangga ketiga      pemikiran untuk
                                                                                  menjelaskannya.









                         (d)   Bahagian anak            (e)   Bahagian anak
                            tangga keempat                 tangga kelima
                   Rajah 1.3  Penggunaan teknik leraian untuk menyelesaikan masalah
                             binaan anak tangga
                    Masalah utama telah dipecahkan kepada lima masalah yang
                                                                                  Layari laman sesawang ini
                 lebih kecil dan ringkas. Bilangan batu bata pada setiap bahagian   La yari laman sesa w ang ini
                 akan dikira bagi mendapatkan jumlah batu bata keseluruhan.       untuk memahami teknik
                                                                                  pengecaman corak.
                 Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
                 Selepas meleraikan masalah, bahagian-bahagian kecil yang telah
                 dipisahkan  akan  dianalisis  untuk  mengenal  pasti  corak-corak
                 tertentu.  Corak-corak  tersebut  terdiri  daripada  kesamaan  atau
                 ciri-ciri yang sama untuk masalah yang lebih kecil. Penelitian
                 pada kesamaan dan corak-corak dalam masalah yang lebih kecil     http://goo.gl/GKocoF
                 ini dapat membantu menyelesaikan masalah kompleks dengan
                 lebih berkesan.
                                                                                                   3
                                                     BAB 1   Konsep Asas Pemikiran Komputasional





       UNIT01_1.1_2-18.indd   3                                                                        9/22/16   11:46 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17