Page 135 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 135

Rajah 4.18  Langkah-langkah mengatur cara HTML untuk menghasilkan frame

               Menu
               Menu ialah pautan pantas ke bahagian-bahagian tertentu dalam laman sesawang. Terdapat
               beberapa jenis menu HTML, iaitu menu senarai pautan statik (static links), menu jenis jadual
               bawah  (drop-down  menu), menu pelbagai tingkat  (multilevel  menu) dan  menu  terapung
               (fl oating menu). Jadual 4.3 menunjukkan ciri-ciri menu yang disenaraikan di atas.
                                             Jadual 4.3  Ciri-ciri menu HTML

                        Jenis menu                                  Ciri-ciri
                Menu senarai pautan statik   Berbentuk jalur mendatar atau menegak seperti bar menu dalam
                (static links)             program aplikasi. Menu senarai pautan statik ialah satu senarai
                                           pautan hiperteks ke destinasi lain dalam laman sesawang.
                Menu jenis jadual bawah    Berbentuk bar menu tetapi apabila menu ini diklik, satu kotak yang
                (drop-down menu)           menyenaraikan pelbagai pilihan akan muncul.
                Menu pelbagai tingkat      Berbentuk menu jenis jadual, tetapi setiap pilihan dalam jadual
                (multilevel menu)          boleh dikembangkan ke pilihan yang lain menjadikannya
                                           berkembang pelbagai tingkat.
                Menu terapung              Berbentuk bingkai yang statik pada laman sesawang, menu ini
                (fl oating menu)            tidak bergerak bersama tatal (scroll bar). Berguna sebagai elemen
                                           navigasi dalam sesuatu laman sesawang.

                   Jadual 4.4 menunjukkan  tag-tag  bagi
               menu. Tag  <nav></nav>  digunakan  untuk
               menandakan tag-tag yang berada di dalam                Jadual 4.4  Tag bagi menu
               tag  ini adalah elemen-elemen navigasi         Tag HTML               Maksud
               atau pautan pengemudian.  Tag  <ul></ul>
               mentakrifkan senarai yang  berada dalam       <nav> </nav> Mentakrif pautan pengemudian
               tag ini adalah senarai tak tertib, iaitu senarai   <ul> </ul>  Mentakrif senarai tak tertib
               yang tidak bernombor atau bullet points. Tag
               <li></li> mentakrifkan satu senarai item.     <li>         Mentakrif senarai item
                 126
                        BAB 4  Kod Arahan





       UNIT04_4.2_111-130.indd   126                                                                   11/11/16   2:45 PM
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140