Page 130 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 130
4.2.4 Banner, Frame dan Menu dalam HTML Cuba Fikirkan
Apakah fi tur-fi tur
Banner, frame dan menu digunakan sebagai tarikan kepada tambahan yang
pengguna untuk melawat laman sesawang. Rajah 4.15 kamu boleh letakkan
dalam dokumen
menunjukkan bahagian-bahagian banner, frame dan menu laman sesawang
dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia. kamu supaya
kelihatan lebih
menarik?
Banner
Menu
Frame 1
Frame 2
Frame 3
Rajah 4.15 Bahagian-bahagian banner, frame dan menu dalam laman sesawang
Kementerian Pendidikan Malaysia
Banner biasanya berbentuk segi empat dan terletak sama ada di bahagian atas, bawah
atau pada sisi laman sesawang. Banner boleh berada dalam bentuk statik, animasi atau
pautan. Pada awal pembangunan laman sesawang, banner hanya mengandungi teks dan
grafi k sahaja. Sekarang dengan adanya perisian alat pengarang, banner di laman sesawang
boleh menjadi lebih kompleks yang mengandungi teks, grafi k, animasi dan bunyi. Banner
biasanya digunakan untuk pengiklanan sesuatu produk.
Frame ialah bingkai dalam paparan laman sesawang. Frame wujud dalam bentuk lajur
mendatar, melintang atau gabungan kedua-duanya. Frame berfungsi membahagikan paparan
laman sesawang kepada bahagian-bahagian yang khusus seperti menu utama, pautan, berita
dan sebagainya. Frame dapat memudahkan pengguna membuat navigasi dalam paparan
semasa melawat laman sesawang.
Menu ialah pautan mudah ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang atau
ke laman-laman sesawang lain dalam tapak sesawang yang sama. Menu dibina untuk
memudahkan pengguna membuat navigasi antara laman-laman sesawang dalam tapak
sesawang atau ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang.
121
BAB 4 Kod Arahan
UNIT04_4.2_111-130.indd 121 11/11/16 2:45 PM

