Page 64 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 64
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfi kir 2.13
Berkumpulan
Muat turun sekurang-kurangnya 10 fail audio daripada Internet. Dapatkan maklumat
seperti yang tercatat dalam jadual berikut:
A B C D E F G H I
Nama Kadar Kedalaman Saluran Kadar Panjang Saiz B × C × D D × E
fail sampel bit (mono=1, bit audio fail
(Hz) (bait) stereo=2) (bps) (saat) (bait)
1. Bandingkan nilai pada lajur E dan lajur H. Apakah pemerhatian yang anda peroleh?
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perkaitan antara E dan H?
2. Bandingkan nilai pada lajur G dan lajur I. Apakah pemerhatian yang anda peroleh?
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perkaitan antara G dan I?
2.2.5 Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang
Sama dalam Pelbagai Format Fail Layari laman sesawang ini
untuk maklumat lebih lanjut
Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail. Contoh tentang format-format
format fail audio yang popular digunakan ialah WAVE, MP3 dan audio digital.
MIDI. Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan
teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio. Teknik
yang digunakan untuk pemampatan akan mempengaruhi kualiti
audio dan saiz fail audio. Ini disebabkan, sesetengah teknik akan
membuang sebahagian data audio semasa pemampatan.
https://goo.gl/yype96
WAVE
WAVE juga dikenali sebagai WAV berasal daripada singkatan
Waveform Audio File Format. Format ini dibangunkan oleh
Microsoft dan IBM untuk komputer peribadi. Data audio dalam
fail WAV adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed). Layari laman sesawang
Oleh itu, saiz fail WAV lebih cenderung menjadi besar. Semakin berikut untuk mengetahui
sejarah ringkas tentang
tinggi kualiti audio yang tersimpan, maka semakin besar saiz fail perkembangan format
tersebut. Format WAV biasanya digunakan untuk menyimpan audio yang berlainan.
audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada
kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi. Oleh
yang demikian, saiz fail WAV adalah besar dan berkualiti tinggi.
Rajah 2.15 menunjukkan bentuk runut (track) satu audio digital
berformat WAV yang dipaparkan oleh aplikasi audio seperti
Audacity 2.1.2. http://goo.gl/ZVs5Vi
55
BAB 2 Perwakilan Data
UNIT02_2.2_39-67.indd 55 9/22/16 11:41 AM

