Page 11 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 11

PERGERAKAN BERIRAMA








 STANDARD
 KANDUNGAN


 ●  Melakukan pelbagai corak pergerakan
 mengikut muzik.
 ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
 pergerakan dalam pergerakan berirama.
 ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
 pengurusan dan keselamatan.
 ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
 kendiri semasa melakukan aktiviti.
 ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
 melakukan aktiviti.
 ●  Membentuk  kumpulan dan bekerjasama
 dalam kumpulan.
 ●  Memahami dan mengaplikasikan etika
 dalam sukan semasa melakukan aktiviti
 fizikal.    Tarian Farapeirra



 arian Bhangra dan Farapeirra merupakan tarian tradisional yang mendedahkan murid kepada
 kepelbagaian budaya serta kaum di Malaysia. Aktiviti tarian ini melibatkan elemen-elemen
 Tpergerakan  fizikal yang merangkumi kesedaran ruang dan hubungan berpasukan dalam
 menghasilkan kreativiti pergerakan mengikut alunan muzik. Kedua-dua tarian ini membolehkan
 seseorang  murid memperkayakan kemahiran berfikir dan pergerakan yang kreatif. Penghayatan
 tarian juga membantu murid untuk meningkatkan kemahiran pergerakan fizikal, emosi dan sosial.
 Pergerakan kreatif daripada  tarian-tarian ini juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal seperti
 meningkatkan komponen-komponen ketangkasan, koordinasi, ketahanan, kekuatan, masa reaksi,
 kelenturan, imbangan dan lain-lain.
    Tarian-tarian ini melibatkan pelbagai pergerakan fizikal mengikut tempo muzik yang
 dimainkan. Alunan muzik yang pelbagai tempo ini melibatkan variasi pergerakan perlahan dan
 cepat yang boleh menjana kecergasan fizikal pelajar. Menurut Zubir Mohd Yunus (2018), tarian
 Bhangra boleh menjadi platform senaman aerobik yang boleh membantu meningkatkan stamina
 mereka yang melakukannya. Tarian-tarian ini ditarikan bukan sahaja dalam kalangan komuniti Sikh
 dan Portugis, malahan komuniti-komuniti lain di Malaysia seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain
 bangsa. Menurut Zainah Ismail (2019) yang merupakan juru tari tarian Farapeirra, penari-penari
 beliau terdiri daripada murid-murid Melayu dan India, malahan pergerakan tarian yang ditarikan   Tarian Bhangra
 diubah suai dengan pengaruh budaya Malaysia di samping mengekalkan konsep tradisionalnya.

 2                                                                                                  3
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16