Page 16 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 16
3 Scallop
1 Murid lelaki meletakkan kedua-dua tangannya di aras dada manakala
murid perempuan memegang dan mengembangkan skirt.
2 Murid lelaki dan perempuan akan melakukan pusingan lengkap,
iaitu 360°. Murid lelaki memulakan pusingan dari arah kiri dan murid
perempuan dari arah kanan sambil mengibaskan skirt. IMBAS QR
3 Apabila kembali kepada kedudukan asal, murid lelaki akan berlutut Pergerakan
dengan kaki kiri sambil menepuk tangan manakala murid perempuan Scallop
mengibas skirt. Selesai aktiviti ini, maka lengkaplah satu pergerakan
scallop ubah suai.
1 2 3
INFO EKSTRA
Penari lelaki akan memakai pakaian waist-coat yang dikenali juga sebagai Bolero. Bahagian pinggang
penari lelaki juga akan diikat dengan kain merah seperti reben yang panjang sehingga ke paras paha.
Penari perempuan memakai gaun labuh dan blouse yg berenda dengan motif bunga atau berkilauan.
Penari perempuan juga memakai skaf di kepala.
(Sumber: Danker, M. L., 2017)
KESELAMATAN
Pastikan tarian dilakukan di kawasan yang lapang, rata dan bebas
daripada sebarang objek yang boleh mengganggu pergerakan murid
yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan.
Tarian Farapeirra
Apakah pergerakan yang anda fikirkan sesuai ditarikan mengikut rentak dan irama muzik
tarian Farapeirra yang dimainkan?
8 SP 1.1.3, 5.2.1, 5.2.3

