Page 187 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 187

Kemahiran Bertindak


             Apabila berlaku sesuatu bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan tanah runtuh matlamat
             utama adalah untuk menyelamatkan mangsa. Walau dalam apa-apa jua keadaan sekalipun,
             prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi oleh setiap individu bagi memastikan operasi
             menyelamat berjalan lancar. Berikut merupakan contoh yang boleh diaplikasikan ketika
             berlakunya bencana alam seperti banjir.



                              è  Kenal pasti halangan yang sering berlaku ketika banjir seperti laluan
              Kenal Pasti         mencabar dan rintangan di hadapan seperti binatang berbisa, benda
             Halangan dan         tajam dan jalan berlubang.
               Rintangan      è  Penyelamat perlu terus ke hadapan untuk operasi menyelamat.
                              è  Tumpuan dan fokus perlu ditingkatkan bagi mengelakkan diri berada
                                  dalam bahaya.



                              è  Jangan panik atau takut  ketika bertindak.
                              è  Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
               Membuat        è  Berkomunikasi cara berhemah dengan mangsa banjir penting supaya
               Keputusan          tidak wujud situasi tegang.
               Bertindak      è  Situasi yang sering dihadapi apabila ada penyelamat yang hilang budi     PERTOLONGAN CEMAS
                                  bahasa dan tatabicaranya kerana berada dalam keadaan letih dan tidak
                                  cukup rehat selepas seharian menjalankan operasi menyelamat.



                              è  Beri bantuan kecemasan sehingga pasukan penyelamat sampai.
                              è  Aplikasikan semua teknik yang telah dipelajari seperti R.I.C.E, T.O.T.A.P.S,
              Memberikan          D.R.A.B.C dan CPR terhadap mangsa sekiranya perlu.
                Rawatan       è  Guna sarung tangan (jika ada) serta elakkan daripada menyentuh darah
               Sementara          dan cairan mangsa sekiranya perlu.
                              è  Awasi keselamatan diri anda setiap masa dan cegah daripada penyakit
                                  berjangkit.




                              è  Memaklumkan pasukan penyelamat
             Menghubungi
                Pasukan           lokasi kejadian yang tepat.
              Kecemasan       è  Sampaikan maklumat secara terperinci
                                  tentang mangsa.
                                                                                         IMBAS QR

                                                                                         Kemahiran
                                                                                          bertindak
                                                                                        dengan bijak
                     Apakah penyakit bawaan air yang mungkin berlaku selepas bencana alam   mengikut situasi
                     seperti banjir? Berikan kaedah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit.  berisiko semasa
                                                                                        bencana alam

                                                                                                   179
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192