Page 114 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 114

bab 9          SENI ANYAMAN                                                                                 Ttradisional dan kebudayaan masyarakat Melayu? Seni anyaman merupakan satu seni
                                                                                                                             ahukah anda bahawa seni anyaman di negara kita berkait rapat dengan cara hidup
                                                                                                                          warisan yang mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Ia digunakan secara meluas sebagai
                                                                                                                          produk gunaan harian masyarakat setempat. Kegiatan menganyam
                                                                                                                          tidak dilakukan pada waktu tengah hari kerana daun mengkuang
                                                                                                                          lebih mudah dianyam pada waktu pagi, petang
                                                                                                                          dan malam.












                                                                                                                          Anyaman daun pandan, mengkuang,
                                                                                                                          buluh dan rotan










                        Objektif Pembelajaran


                Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:
                   Menjelaskan sejarah, prinsip asas, jenis, motif,
                   alatan, bahan dan proses seni anyaman.
                   Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan,
                   bahan dan proses berdasarkan kefahaman
                   terhadap prinsip penghasilan seni anyaman.
                   Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi
                   dan penerokaan alatan, bahan dan proses dalam
                   penghasilan produk seni anyaman dengan
                   menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif.
                   Mempamerkan, menghayati dan menjelaskan
                   pengalaman sendiri dalam penghasilan produk
                   seni anyaman.
                                                                                 Kata Kunci
                                                                             •  Gadas
                                                                             •  Pepeh
                                                                             •  Lagang







           104                                                                                                                                                                                               105
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119