Page 12 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 12

bab 1           pakaian tradisional                                                                         Pkepelbagaian potongan dan gaya. Pakaian bukan sahaja berfungsi sebagai bahan yang
                                                                                                                            akaian merupakan sebahagian daripada budaya benda yang menampilkan aspek
                             dan perhiasan diri                                                                           menutup tubuh badan bahkan mempunyai nilai estetik yang secara simboliknya terkandung
                                                                                                                          falsafah dan makna. Dalam aspek sosial, pakaian dapat mencerminkan status individu
                                                                                                                          yang menggayakannya.
                                                                                                                             Masyarakat di Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan etnik. Setiap kaum pula memiliki
                                                                                                                          identiti budaya yang berbeza. Pakaian tradisional dan perhiasan diri merupakan satu daripada
                                                                                                                          aspek yang dapat menyerlahkan perbezaan identiti budaya.
                                                                                                                             Kaum Melayu, Cina dan India serta etnik Iban dan Kadazan
                                                                                                                          merupakan rumpun terbesar di Malaysia. Pemakaian bagi
                                                                                                                          kaum dan etnik ini digayakan pada  hari perayaan, majlis
                                                                                                                          perkahwinan atau acara tertentu yang mencerminkan
                                                                                                                          ketinggian budaya dan tatasusila pemakainya.




                                                                                                                                                                                              Pending
                                                                                                                                                                                       Sumber: Koleksi Zubaidah Sual








                    Objektif Pembelajaran


             Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:

                  Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan
                perhiasan diri.

                 Memerihalkan pengkaji pakaian tradisional
                dan perhiasan diri.
                  Membanding beza jenis pakaian tradisional
                dan motif pada perhiasan diri.
                 Menjana hasil persembahan portfolio
                pakaian tradisional dan perhiasan diri.
                 Mempamerkan karya dan menjelaskan
                pengalaman sendiri dengan menumpukan
                pada aspek media dan teknik berpandukan
                Bahasa Seni Visual.

                                                                            Kata Kunci
                                                                        •  Budaya benda
                                                                        •  Identiti budaya





            2                                                                                                                                                                                                  3
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17