Page 13 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 13

bab 1  pakaian tradisional   Pkepelbagaian potongan dan gaya. Pakaian bukan sahaja berfungsi sebagai bahan yang
               akaian merupakan sebahagian daripada budaya benda yang menampilkan aspek
 dan perhiasan diri  menutup tubuh badan bahkan mempunyai nilai estetik yang secara simboliknya terkandung
            falsafah dan makna. Dalam aspek sosial, pakaian dapat mencerminkan status individu
            yang menggayakannya.
                Masyarakat di Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan etnik. Setiap kaum pula memiliki
            identiti budaya yang berbeza. Pakaian tradisional dan perhiasan diri merupakan satu daripada
            aspek yang dapat menyerlahkan perbezaan identiti budaya.
                Kaum Melayu, Cina dan India serta etnik Iban dan Kadazan
            merupakan rumpun terbesar di Malaysia. Pemakaian bagi
            kaum dan etnik ini digayakan pada  hari perayaan, majlis
            perkahwinan atau acara tertentu yang mencerminkan
            ketinggian budaya dan tatasusila pemakainya.




                                                                                 Pending
                                                                         Sumber: Koleksi Zubaidah Sual








 Objektif Pembelajaran


 Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:

   Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan
 perhiasan diri.

  Memerihalkan pengkaji pakaian tradisional
 dan perhiasan diri.
   Membanding beza jenis pakaian tradisional
 dan motif pada perhiasan diri.
  Menjana hasil persembahan portfolio
 pakaian tradisional dan perhiasan diri.
  Mempamerkan karya dan menjelaskan
 pengalaman sendiri dengan menumpukan
 pada aspek media dan teknik berpandukan
 Bahasa Seni Visual.

 Kata Kunci
 •  Budaya benda
 •  Identiti budaya





 2                                                                                               3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18