Page 131 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 131
Bidang
Komunikasi visual merupakan bidang yang menggabungkan seni dan reka
bentuk bagi menghasilkan objek atau karya visual yang memfokuskan kepada
penyampaian mesej tertentu melalui pelbagai media. Pereka dalam bidang
komunikasi visual menginterpretasi, mengurus dan mempersembahkan
mesej yang ingin disampaikan secara visual.
Kemajuan dalam teknologi digital khususnya peranti dan perisian
komputer, percetakan serta media massa telah membuka lebih banyak
peluang kepada pereka untuk menghasilkan karya komunikasi visual dengan
lebih efisien.
Bidang kerjaya yang berkaitan dengan komunikasi visual ialah pengarah
seni, pereka grafik dan pengiklanan, jurufoto, ilustrator, animator, pereka
laman sesawang dan pereka permainan digital. Dalam buku ini, murid
akan didedahkan dengan topik tipografi bagi seni reka grafik manakala
topik kamera dan peranti pengimejan bagi seni foto.
121