Page 52 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 52
bab 4 seni arca Ssetiap bangsa di dunia. Hal ini demikian kerana
eni arca adalah antara sebahagian hasil kebudayaan
penghayatan terhadap produk seni dapat mendekatkan
seseorang itu ke arah mengenali nilai dan identiti budaya
masyarakat yang melahirkannya. Seni arca juga memiliki
keunikan, keistimewaan dan peminatnya yang tersendiri.
Seni arca masa ini lebih menggabungkan elemen dan
prinsip seni untuk tujuan nilai estetika tiga dimensi.
Ramlan Abdullah, Content II,
2017, aluminium, tembaga dan
keluli tahan karat, skru dan nat,
40 x 20 x 20 cm
Mad Anuar Ismail, Pahlawan 5, 2017,
tembaga, keluli lembut dan keluli
tahan karat, 130 x 230 x 35 cm
Objektif Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:
Menjelaskan definisi, sejarah, jenis dan kaedah
penghasilan seni arca.
Mengenal pasti pengarca dan seni arca tempatan.
Membuat eksperimentasi dan penerokaan pelbagai
media dan teknik dalam proses penghasilan
produk seni arca.
Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan
penerokaan media dan teknik dalam penghasilan
produk seni arca dengan menggunakan imaginasi
dan idea secara kreatif.
Mempamerkan, menghayati dan menjelaskan Kata Kunci
pengalaman sendiri dalam penghasilan produk • Arcawan
seni arca.
Raja Shahriman Raja Aziddin,
Nafas Siri No. 9, 2003, Besi,
24.5 x 28.5 x 13 cm
42 43

