Page 63 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 63

Bidang                                                               Sumber: Abdul Aziz Zalay










            Pengetahuan terhadap bidang Reka Bentuk terbahagi kepada tiga komponen iaitu Reka
            Bentuk Landskap, Reka Bentuk Hiasan Dalaman dan Reka Bentuk Industri. Bidang reka bentuk
            ini akan memfokuskan kepada peranan pereka serta ciri konsep dan elemen reka bentuk.
                Pengetahuan dan pemahaman terhadap peranan reka bentuk boleh membawa pelbagai
            makna yang berbeza kepada masyarakat. Namun, reka bentuk merupakan cabaran dan cara
            menyelesaikan masalah agar dapat meningkatkan kualiti dan mutu pada sesebuah rekaan.
              Reka bentuk bukan sahaja bertujuan menyelesaikan masalah tetapi bertujuan mencipta
                masa hadapan yang lebih baik.





































                                                                                                  53
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68