Page 18 - Masalah-Masalah Wanita Bekerjaya (Group 2)
P. 18
Namun begitu, sokongan keluarga terutamanya daripada suami
amatlah penting. Misalnya, seorang suami haruslah turut sama
membantu meringankan tugas para isteri di rumah yang telah
penat bekerja sepanjang hari. Selain itu, komunikasi yang baik
antara pasangan juga penting malah peranan untuk menjaga anak
adalah tanggungjawab bersama dan jangan dilepaskan kepada
isteri semata-mata. Begitu juga wanita, urusan kerja dan keluarga
hendaklah dibahagi secara saksama, bebanan haruslah dipikul
secara bersama-sama.
Bagi keadaan di tempat kerja pula, sokongan sosial dan konsep
memahami itu penting dalam mempengaruhi tahap kepuasan
kerja, komitmen dan pencapaian prestasi. Justeru itu, sesebuah
organisasi haruslah tidak membebani wanita dengan tugasan yang
berat dan keterlaluan malah perlu sedar dengan permasalahan
yang dihadapi oleh wanita dalam mengecapi keseimbangan kerja
dan kehidupan
Hal ini bertepatan dengan senario masa kini. Ekoran pandemik
COVID-19 ketika ini, ramai wanita yang bekerja dari rumah
sepanjang tempoh PKP. Ada sesetengahnya merupakan normal
baharu buat mereka. Jadi, adalah penting bagi majikan untuk
memahami keadaan yang dihadapi oleh pekerja wanita ketika ini.
Majikan haruslah meletakkan hasil kerja sebagai keutamaan dan
bukanlah dengan memantau setiap pekerja setiap masa. Hal ini
disebabkan oleh masing-masing melihat dari sudut (angle) yang
berbeza. Apa yang penting, kita mahu mewujudkan situasi
menangmenang antara majikan dan pekerja supaya mana-mana
pihak tidak akan terjejas.
15

