Page 13 - Masalah-Masalah Wanita Bekerjaya (Group 2)
P. 13
Bukan itu sahaja, sesebuah organisasi perlu memastikan
pekerjanya tidak terbeban dengan tugasan yang berlebihan.
Tekanan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk.
Antaranya, apabila pekerja diberikan tugasan baharu yang di
luar kepakaran dan skop kerja, mereka terpaksa mempelajari
skop kerja tersebut bahkan dalam masa sama perlu berhadapan
dengan harapan pihak majikan.
Dalam konteks ini, ketidakseimbangan untuk menyesuaikan diri
dengan skop kerja baharu ini boleh mengundang konflik dan
tekanan kerana seseorang pekerja merasa terbeban dengan
tugasan sehingga tidak dapat membahagikan masa secukupnya
bersama keluarga. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan ketidakpuasan hati dan memberi kesan kepada
kesihatan malah prestasi dan produktiviti kerja turut terjejas
(Sharifah Hayaati Syed Ismail, 2017).
Selain itu, masih terdapat keadaan bahawa individu yang belum
berkahwin sentiasa menjadi mangsa keadaan di tempat kerja dan
perlu berkorban kepada orang lain. Oleh itu, bagi mencapai
keseimbangan kerja dan kehidupan ini bukan sahaja merupakan
satu keperluan kepada individu berkeluarga malahan satu
kepentingan juga buat mereka yang belum berkahwin dan tiada
anak.
10

