Page 4 - Masalah-Masalah Wanita Bekerjaya (Group 2)
P. 4
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, peranan wanita sudah jauh berbeza berbanding
dahulu. Ramai wanita sekarang mempunyai kerjaya dalam
bidang kepakaran masing-masing. Namun begitu, dalam
mencapai keseimbangan lebih-lebih lagi antara tuntutan sebagai
pekerja dan juga tanggungjawab kepada keluarga merupakan
satu cabaran dan bukan sesuatu tugas yang mudah.
Pada hakikatnya, peranan wanita bukan sahaja dalam mengurus
rumah tangga, tetapi sebagai penyumbang ekonomi keluarga.
Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh wanita
yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian
tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin
Maksudnya di sini, peranan wanita dalam keluarga adalah sebagai
anak yang patuh kepada kedua ibu bapa, isteri yang mentaati
suami dan sentiasa menjaga diri serta ibu yang meletakkan anak-
anak sebagai keutamaan dengan asuhan didikan agama sempurna.
Selain itu, dari sudut kemasyarakatan pula mereka terlibat dengan
kerja-kerja amal kebajikan dan menyumbang dalam aspek
pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi
kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,
masyarakat dan negara
1

