Page 2 - PANDUAN PEMARKAHAN MODUL ASAS SEJARAH T4 KSSM 2020 B3
P. 2
BAB 3: KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
1 a) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perjuangan Tok Janggut menentang British di
Kelantan.
F1 kebangkitan Islam melalui gerakan Pan Islamisme
F2 mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
F3 mempertahankan hak penduduk tempatan 3
b) Mengapakah British berusaha menyekat perjuangan Tok Jangguut ?
H1 membendung pengaruh empayer Uthmaniyah di Tanah Melayu
H2 Gerakan Pan Islamisme menyeru umat Islam sedunia bersatu menentang kuasa
barat, termasuk British di Tanah Melayu
H3 perjuangan Tok Janggut menimbulkan sikap anti-British
H4 mengaitkan isu cukai yang dikenakan oleh British
H5 mengancam kedudukan British di Tanah Melayu 3
c) Mengapakah perjuangan tokoh tempatan menentang British menemui kegagalan
sebelum Perang Dunia Kedua?
H1 Senjata kurang moden
H2 hanya menggunakan senjata tradisonal
H3 British menggunakan senapang dan Meriam
H4 bilangan tentera hanya sedikit berbanding British
H5 British mempunyai angkatan tentera yang ramai
H6 British mendapat bantuan askar daripada Negeri-negeri Selat.
H7 penentangan tokoh tempatan hanya bersifat setempat
H8 penentangan Tok Janggut hanya di Pasir Puteh,tidak melibatkan seluruh Kelantan
H9 kurang kerjasama dan perpaduan orang Melayu.
M Mana-mana munasabah
Max 4
2 a) Jelaskan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.
F Persaingan kuasa imperialisme
H Revolusi Industri menyebabkan persaingan mendapatkan bahan mentah
C bijih timah,getah,petroleum
H mencari pasaran untuk keluaran kilang mereka
H persaingan ini membawa permusushan di Eropah
C Perancis dan Jerman
F Pakatan ketenteraan
H membentuk Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
H menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah
H negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden
H bersedia berperang untuk jaga kepentingan .
F Krisis Rantau Balkan
H disebabkan permusushan antara Austria-Hungary dengan Serbia.
H Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb
supaya membebaskan diri daripada pemerintahan Ausria-Hungary.
H pembunuhan Putera MahkotaAustria-Hungary oleh pengganas Serbia menjadi
penyebab serta merta meletusnya Perang Dunia Pertama. Max 6
Panduan Pemarkahan Modul Asas Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2020 @ kaboganmst@gmail.com pg. 12

