Page 6 - PANDUAN PEMARKAHAN MODUL ASAS SEJARAH T4 KSSM 2020 B3
P. 6
H mempunyai jet pejuang”zero fighter” untuk melindungi tentera darat Jepun
H menggunakan basikal agar kehadiran mereka tidak disedari oleh British
H merampas bot-bot nelayan untuk mendarat di persisir pantai
F semangat tentera Jepun/ kamikaze
H berani mati demi negara dan Maharaja Jepun Max 8
c) Slogan “Asia untuk orang Asia “ merupakan propaganda Jepun untuk menawan hati
penduduk Tanah Melayu. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada strategi Jepun
untuk menjadi sebuah kuasa besar yang maju.
F Berwaspada terhadap anasir luar
H bijak menangani isu/cabaran
H bagi mengelakkan campur tangan luar
F kebijaksanaan pemimpin dalam memajukan negara
H merangka dan melaksanakan program pembangunan yang mantap
H mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi
F semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat
H pemimpin dan rakyat bersatu padu memajukan negara
M Mana-mana munasabah Max 6
6 Dapatan murid melaui aktiviti PAK-21
7 a) Namakan dua askar Melayu yang menentang Jepun.
F Leftenan Adnan Saidi
F Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC
F Koperal Yaakob Bidin
F Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen
F Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakob
F Kapten Ibrahim Ismail
F Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa Max 2
b) Jelaskan tindakan yang diambil oleh MPAJA untuk menentang Jepun.
F bekerjasama dengan British
H MPAJA diberi latihan di Sekolah latihan Khas,Singapura
H dilatih dalam taktik perang gerila dan kerja sabotaj
F bekerjasama dengan Force 136 (mewakili tentera British)
H diberi bantuan senjata,kewangan,ubat dan latihan ketenteraan
F bekerjasama dengan Parti Kuomintang
H iaitu gerila Cina di utara Tanah Melayu
H menubuhkan OCAJA untuk menentang Jepun Max 4
c) Huraikan peranan pasukan Force 136 dalam gerakan menentang pendudukan Jepun .
F merupakan askar terlatih
H mendapat latihan di Sri Langka dan India
H menubuhkan pasukan gerila antiJepun
C gerila Wataniah Pahang dan gerila Melayu Kedah
F bekerjasama dengan pertubuhan gerila Melayu
H mengumpulkan maklumat,melakukan sabotaj,menyebarkan propaganda
H mengelolakan siaran radio dari India untuk menyeru orang Melayu menentang
Jepun dan tali barutnya.
H melancarkan Operasi Zipper/serangan besar-besaran untuk menawan Tanah
Melayu Max 4
Panduan Pemarkahan Modul Asas Sejarah Tingkatan 4 KSSM 2020 @ kaboganmst@gmail.com pg. 16

