Page 146 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 146

138






                     8.    Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan
                           luka atau menyapukan ubat (dengan bantuan guru).
                     9.    Berada bersama-sama murid seperti perhimpunan rasmi sekolah:
                           a.  Membawa murid ke tempat perhimpunan

                           b.  Membimbing  dan  mengawasi  tingkah  laku  murid  semasa  perhimpunan
                               berlangsung
                     10.  Menjadi role model kepada murid daripada segi tingkah laku, tutur kata yang sopan
                           dan penampilan diri.
                     11.  Membantu mengurus murid baru
                           a.  Melayan karenah dan menenangkan emosi murid
                           b.  Menempatkan murid di dalam kelas
                           c.  Membantu orientasi dijalankan
                     12.  Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat

                           a.  Memastikan murid beratur sebelum ke kantin
                           b.  Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan
                           c.  Membantu murid membeli makanan
                           d.  Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada murid
                           e.  Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan
                           f.  Memastikan murid beratur masuk ke kelas
                     13.  Membantu  membuat  lawatan  susulan  bersama  guru  ke  rumah  ibu  bapa/penjaga

                           murid yang bermasalah.

               (B)  PENGURUSAN KELAS/BILIK PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Bertanggungjawab  membuka  dan  menutup  kelas  serta  memastikan  kelas  dalam
                           keadaan terurus sebelum dan selepas PdP.
                     2.    Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas/bilik pendidikan khas
                           a.  Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan dengan mop (jika perlu)
                           b.  Memastikan sampah dibuang
                           c.  Membersihkan  kipas,  langsir,  sofa,  pinggan  mangkuk  dan  peti  sejuk  secara

                               berkala
                           d.  Memastikan cermin tingkap dan perabot semua bilik tidak berhabuk
                     3.    Memastikan tandas Pendidikan Khas bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika
                           perlu).
                     4.    Membantu menjaga dan memastikan projek pendidikan khas seperti kebun, taman
                           dan lain-lain dalam keadaan terurus.
                     5.    Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di

                           tempat  yang  selamat  seperti  peralatan  dapur,  bengkel/pertukangan,  kebun/stor,
                           akuarium/sangkar, bilik khas dan kelas pembelajaran/stesen PdP.
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151