Page 147 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 147

139






                     6.    Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan papan kenyataan
                           dari semasa ke semasa.
                     7.    Membantu  menyusun  atur  peralatan  dan  perabot  Kelas  Pendidikan  Khas  supaya
                           kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif.

                     8.    Membantu menceriakan dalam dan luar Kelas Pendidikan Khas.
                     9.    Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api
                           masih boleh digunakan
                           a.  Mengenal pasti tarikh luput
                           b.  Bekalan lengkap dan mencukupi

               (C)  PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Membantu menyusun fail pendidikan khas mengikut sistem fail supaya teratur dan
                           mudah diperoleh.

                     2.    Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
                     3.    Membantu mengemaskinikan data murid setiap bulan.
                     4.    Membantu mengemaskinikan rekod dan fail murid.
                     5.    Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas
                           a.  Merekodkan pembelian bahan dan peralatan
                           b.  Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun
                           c.  Mengemaskinikan senarai inventori dan buku log (pergerakan alatan) di setiap

                               bilik dari semasa ke semasa.

               (D)  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     1.    Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP
                           a.  Memasang peralatan elektronik
                           b.  Membuat salinan (photocopy)
                           c.  Menyediakan buku dan alat tulis
                           d.  Mengurus murid  yang menggunakan  alat  bantuan  tertentu  seperti memeriksa
                               bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-lain

                     2.    Membimbing dan mengawal tingkah laku murid semasa PdP.
                     3.    Membantu mengurus murid semasa aktiviti PdP seperti memegang tangan murid
                           untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal.
                     4.    Membantu murid inklusif di kelas perdana.

               (E)  PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)
                     1.    Mengurus murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak.

                     2.    Bertanggungjawab  menjaga  pergerakan  dan  keselamatan  murid  semasa  aktiviti
                           dalam dan di luar sekolah.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152