Page 257 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 257

249






               6.    Merancang,  memantau,  menilai  dan  menambah  baik  pelaksanaan  program  dan  aktiviti
                     kurikulum di sekolah.
               7.    Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan.
               8.    Melaporkan dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan kurikulum di sekolah.

               9.    Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kurikulum.
               10.  Merancang,  menyusun  dan  melaksanakan  program-program  dan  aktiviti-aktiviti  untuk
                     meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan, akademik, kemenjadian
                     murid, kokurikulum dan keceriaan
               11.  Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan
                     Sekolah.
               12.  Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg2
               13.  Melaksanakan amalan MMI.


                     Subkomponen Pengurusan Kurikulum adalah seperti yang berikut:

               (A)  PERANCANGAN KURIKULUM - JADUAL WAKTU
                     1.    Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
                     2.    Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
                     3.    Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
                     4.    Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.

                     5.    Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
                     6.    Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
                     7.    Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan
                     8.    Membuat pindaan jika perlu.
                     9.    Memastikan  salinan  jadual  waktu  dihantar  kepada  PGB  dan  dipaparkan  untuk
                           makluman semua.
                     10.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa  ke
                           semasa.


               (B)  PEMBELAJARAN MAYA
                     1.    Menyelaraskan  pelaksanaan  segala  perancangan  pembelajaran  menggunakan
                           pelantar maya yang dikuatkuasakan.
                     2.    Mengurus  latihan  dan  kursus  dalaman  berkaitan  aplikasi  dan  juga  kaedah
                           pembelajaran berkaitan penggunaan ICT.
                     3.    Merancang  aktiviti  pembudayaan  pembelajaran berasaskan  ICT  melalui  program-
                           program khas yang melibatkan semua warga sekolah.

                     4.    Menyediakan  jadual  penggunaan  Makmal  dan  memastikan  penggunaan  dengan
                           berkesan.
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262