Page 252 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 252

244






                                          JM15 | JK Kejurulatihan Sukan

                      RUJUKAN
                     i.    Buku Panduan Sekolah Sukan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) KPM 2018.

               (A)  PENGURUSAN PENTADBIRAN

                     1.    Merancang dan membantu GPK Sukan dalam pengurusan dan pentadbiran sukan di
                           sekolah.
                     2.    Melaksanakan tugas sebagai jurulatih sukan spesifik (rujuk senarai tugas jurulatih
                           SSM).
                     3.    Melaksanakan  tugas  sebagai  Jawatankuasa  Kerja  Pembangunan  Sukan
                           Sekolah/Majlis Sukan Sekolah.
                     4.    Merancang,  mengurus  dan  mempengerusikan  mesyuarat  sub  unit  dalam  bidang
                           kejurulatihan sukan.
                     5.    Merancang,  menyelaraskan  dan  menyelia  program  penyertaan  pertandingan  dan

                           penganjuran sukan.
                     6.    Merancang, menyelaraskan dan menyelia pembelian dan perolehan stok dan aset
                           alatan sukan.
                     7.    Memantau dan menyediakan laporan kehadiran jurulatih setiap bulan.

               (B)  PENGURUSAN JURULATIH
                     1.    Merancang dan melaksanakan mesyuarat jurulatih sukan sekurang-kurangnya tiga

                           (3) kali setahun.
                     2.    Menyelaraskan dan bertanggungjawab terhadap sub unit dalam bidang kejurulatihan
                           sukan.
                     3.    Membimbing, menyemak dan menilai program latihan tahunan jurulatih sekurang-
                           kurangnya tiga kali setahun.
                     4.    Menyemak dan menyelia rancangan latihan harian dan mingguan melalui semakan
                           fail jurulatih.
                     5.    Memantau sesi latihan harian jurulatih.
                     6.    Merancang  dan  mengurus  program  Sharing  is  Caring  (SIC)  dengan  jurulatih

                           sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
                     7.    Merancang dan meningkatkan profesionalisma kejurulatihan sukan.
                     8.    Merancang dan menyelaraskan sasaran Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
                           bagi setiap jurulatih.
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257