Page 46 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 46

45






                     1.5.1   Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  telah menetapkan waktu bekerja penjawat
                             awam  di  Malaysia  dalam  seminggu  adalah  45 jam  seminggu  selaras dengan
                             ketetapan International Labour Organization (ILO).


                     1.5.2   Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja pejabat dan waktu
                             bekerja bukan pejabat.  Di sekolah, PGB dan AKP bekerja menggunakan waktu
                             bekerja  pejabat  manakala  guru  bekerja  menggunakan  waktu  bekerja  bukan
                             pejabat  tetapi  masih  terikat  kepada  penetapan  waktu  bekerja  oleh  JPA  iaitu
                             45 jam seminggu merangkumi waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan PdP
                             dan bukan PdP serta luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti
                             kokurikulum dan lain-lain seperti Rajah 2 di bawah.


                                   WAKTU BEKERJA PEJABAT SEMINGGU (PGB DAN AKP)

                                                         45 jam seminggu




                                   WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT SEMINGGU (GURU)

                                       Waktu Persekolahan                    Luar Waktu Persekolahan



                                        PdP          Bukan PdP           Kokurikulum        Lain-lain


                            Rajah 2: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja Pejabat dan Bukan Pejabat Seminggu

                     1.5.3   Secara umumnya, waktu bekerja mingguan PGB dan AKP dengan guru hampir
                             sama iaitu 38 jam 30 minit tidak termasuk waktu rehat bagi PGB dan AKP dan
                             lebih kurang 38 jam bagi guru seperti Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah:


                                    ZON A              ZON B           WAKTU BEKERJA        WAKTU REHAT
                                Ahad - Rabu         Isnin – Khamis           8 jam               1 jam

                                   Khamis              Jumaat            6 jam 30 minit      2 jam 30 minit
                                   JUMLAH JAM SEMINGGU                  38 jam 30 minit      6 jam 30 minit
                               JUMLAH KESELURUHAN WAKTU                               45 jam
                                     BEKERJA SEMINGGU

                                 Jadual 2: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja Pejabat Seminggu  (PGB dan AKP)
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51