Page 49 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 49

48





               1.6  CARTA  ORGANISASI  DAN  CARTA  PELAKSANA  KOMPONEN


                      PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KPM

                      Pelaksana komponen pengurusan sekolah menengah terdiri daripada PPP dan AKP
                      seperti berikut:
                       (a)  Portfolio Berjawatan (H)
                       (b)  Portfolio Tanpa Jawatan (P)

                       (c)   Jawatankuasa (J)

                      Berdasarkan  pembahagian  tersebut,  carta  pengurusan  sekolah  menengah  boleh
                      distrukturkan seperti berikut:

                      (a)   Carta  Organisasi  Pengurusan  Sekolah  Menengah  (COPSM)  iaitu  carta  yang
                            distrukturkan berdasarkan tier/hierarki perjawatan; dan
                       (b)  Carta Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah Menengah (CPKPSM) iaitu carta
                            yang distrukturkan berdasarkan empat (4) komponen utama pengurusan sekolah.

                      Terdapat lima (5) COPSM berdasarkan kelulusan perjawatan di sekolah iaitu:

                             i.   COPSM bagi SMK/SBP/SMKA/SABKM/SMT seperti Rajah 2;

                            ii.   COPSM bagi Sekolah Menengah Model Khas seperti Rajah 3;
                            iii.   COPSM bagi Sekolah Menengah Pendidikan Khas seperti Rajah 4;
                            iv.   COPSM bagi Sekolah Menengah Sukan Malaysia seperti Rajah 5; dan
                            v.    COPSM bagi Sekolah Menengah Seni Malaysia seperti Rajah 6.

                      Manakala hanya satu (1) CPKPSM untuk bagi sekolah menengah seperti Rajah 7.


                      Pengurusan  sekolah  hendaklah  menyusun  semula  struktur  organisasi  sekolah  seperti
                      yang dicadangkan.
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54