Page 113 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 113

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022




                             Tugas  Jawatan Kuasa Biasiswa/ KWAPM / Bantuan Lain:


                    1.   Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan JPNJ dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.
                    2.  Menyimpan rekod pemegang biasiswa.
                    3.  Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar Tingkatan Satu, dan Empat mengikut masa tawaran.
                    4.  Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan.
                    5.  Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera kecuali BKP (automatik).
                    6.  Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut Tingkatan setiap penggal.
                    7.  Memberitahu ibubapa pelajar yang mendapat biasiswa.
                    8.  Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada HEM.
                    9.  Menghantar  surat  amaran  kepada  ibubapa/penjaga  bagi  pemegang  biasiswa  yang  terlibat  dalam  salah  laku
                        disiplin dan prestasi akademik merosot.
                    10.  Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
                    11.  Menguruskan borang pertukaran biasiswa bagi pelajar yang bertukar sekolah.
                    12.  Memastikan semua buku akaun disimpan di pejabat sekolah.

                              PERANCANGAN TAHUNAN BADAN KEBAJIKAN MURID TABUNG MURID MISKIN

                    1.   Mengumpulkan maklumat dan mengenalpasti murid-murid miskin dan anak yatim.
                    2.  Menguruskan bantuan kebajikan.
                    3.  Sentiasa berhubung erat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
                    4.  Menguruskan Tabung Derma Kilat  jika berlaku kematian, kemalangan dan sebagainya untuk
                           disumbangkan kepada keluarga mangsa.
                    5.  Membuat laporan dan menyerahkan senarai nama murid berkenaan kepada pihak Pentadbir (Unit HEM).

                                      PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAGIHAN BANTUAN KWAMP

                   1.   Taklimat pelaksanaan Bantuan KWAPM oleh Pengerusi KWAMP.
                   2.  Mengedarkan borang kepada semua pelajar dari ting 1 hingga 5 melalui guru kelas masing-masing.
                   3.  Mengumpul dan menerima borang daripada guru kelas masing-masing.
                   4.  AJK  KWAMP  membuat  pemilihan  untuk  menentukan  pelajar  yang  layak  menerima   bersama  dengan  Para
                       Pentadbir Sekolah, Wakil daripada PIBG dan Para Penyelia Pembangunan Mukim.
                   5.  Borang Rumusan KWAPM peringkat sekolah dikemaskini dan dihantar ke PPD.
                   6.  Borang Rumusan peringkat PPD dihantar ke unit HEM JPN untuk dikemaskini dan dibawa ke Bahagian Biasiswa
                       Kementerian Pelajaran.
                   7.  Pelajar yang dikenalpasti layak mendapat bantuan dimaklumkan untuk membuka akaun di Bank yang terpilih.
                   8.  Majlis Pengagihan bantuan KWAPM diadakan.
                   9.  Ibubapa/penjaga boleh mendapatkan wang di bank.
                   10.  Pelajar yang tercicir layak dipertimbangkan untuk membuat rayuan dan borang rayuan diedarkan kepada pelajar
                       yang terbabit dan prosedur pemilihan dijalankan.














                                                                                                          107

                  MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118