Page 118 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 118
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
JAWATANKUASA KANTIN
Pengerusi : Tuan Haji Hamim Bin Yunos
Timbalan Pengerusi : Puan Hajah P. Aida Binti Paimin
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Encik Jamsari Bin Ahmad
Naib Pengerusi 3 : Puan Norli Binti Beeran Kutty
Naib Pengerusi 4 : Puan Salinah Binti Haji Mohd Yusof
Setiausaha : Puan Anita Binti Husin
Penolong Setiausaha : Puan Hajah Hanidah Binti Nordin
AHLI JAWATANKUASA
1. Puan Azida Binti Abd Wahed
2. Puan Sabariah Binti Mat
3. Encik Lim Wei Shong
4. Puan Nurul Hidayah Binti Mat Zaid
5. Puan Norhayati Binti Daud
6. Encik Zainularifin Bin Shafie
BIDANG TUGAS
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan/ Pelajaran.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan dengan syarat-syarat perjanjian dan senarai
harga dipamerkan.
4. Memastikan tiada makanan yang bahannya tidak halal.
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan adalah bersih dan selamat serta menggunakan
penyepit untuk mengambil makanan.
6. Memastikan keadaan di dalam dan di luar kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7. Memastikan semua penjual dan kakitangan bertugas di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dan
pelitup muka yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
8. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung salji/kain maslin/disimpan di dalam bekas yang
bertutup.
9. Memastikan persedian tempat duduk untuk guru dan murid di kantin mencukupi.
10. Memastikan tempat duduk guru dan murid adalah selamat dan selesa.
11. Memastikan makanan yang disediakan untuk jualan harian adalah mencukupi.
12. Memastikan layanan dan perkhidmatan yang disediakan adalah cepat dan mesra pelanggan.
13. Menyampaikan laporan Bulanan/Mingguan kepada Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
14. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan mengadakan
perbincangan dari semasa ke semasa.
112
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

