Page 22 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 22

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                           SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022




                                                        Kata alu-aluan










                PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

                Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Kota Tinggi Mengungguli, Sehati Memperkasa Bangsa

                       Pertama-tamanya  ingin  saya  mengucapkan  syabas  dan  tahniah  kerana  pihak  sekolah  berjaya
                menghasilkan Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2022/2023. Semoga niat dan keikhlasan tuan-tuan dan
                puan-puan  untuk  berkongsi  ilmu  sefahaman  dalam  bidang  tugas  semua  pihak  demi  kemaslahatan  dan
                kesejahteraan bersama, khususnya dalam membangunkan kecemerlangan pendidikan di sekolah akan terus
                diberkati.

                       Saya  penuh  yakin  dan  percaya  bahawa,  Panduan  Pengurusan  Sekolah  Tahun  2022/2023  ini
                diterbitkan bagi memenuhi kerperluan khusus untuk warga sekolah ini. Semua warga sekolah diharapkan
                dapat memanfaatkan panduan ini sebagai rujukan sepanjang masa dalam aspek memahami bidang tugas
                serta kerja buat yang telah digariskan berfokuskan hala tuju sekolah dalam mengupayakan Sekolah Berkualiti
                dan  Kemenjadian  Murid  yang  autentik.  Hal  ini  juga  diyakini  selari  dengan  aspirasi  yang  dihasratkan  oleh
                Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan seiring dengan hasrat
                yang diwartakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

                       Bagi pihak warga Pejabat Pendidikan Daearah Kota, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih
                dan tahniah atas usaha serta komitmen pihak dalam menyediakan penerbitan Panduan Pengurusan Sekolah
                Tahun 2022/2023 dengan jayanya. Manfaatkan dan jadikanlah panduan ini sebagai titik tolak dan pemangkin
                dalam bidang pengurusan dan pelaksanaan tugas yang lebih terancang, sistematik serta berimpak tinggi.
                Akhir  kata,  “Mulakan  dengan  perkara  yang  baik,  teruskanlah  berbuat  baik,  untuk  menikmati  hasil  yang
                       .
                terbaik” Semoga  usaha  murni  yang  berterusan  ini  dapat  dikekalkan  dari  semasa  ke  semasa  demi
                kecemerlangan pendidikan negara Malaysia.




                Sekian, terima kasih.






                HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK

                PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI





                                                                                                           16
                         MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27