Page 23 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 23
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
PERUTUSAN PENGETUA
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Salam Sederap Memacu Kejayaan
Alhamdulillah, pertamanya kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan keizinanNya
dapatlah saya mencoretkan amanat dalam Buku Manual Pengurusan SEKAYA 2022.
Pertamannya saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan
Manual Pengurusan ini. Manual Pengurusan ini merupakan dokumen penting bagi rujukan semua warga sekolah
sebagai panduan pengurusan dan perjalanan sekolah. Ia telah ditambah baik selari dengan SKPMg2 iaitu instrumen
bagi mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih baik dan berkesan. Dalam situasi Pendemik Covid 19 sekarang
ini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang pendidikan, oleh sebab itu satu panduan yang bersifat
keluwesan dan efektif amat perlu bagi memastikan matlamat akhir iaitu Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti
dapat direalisasikan.
Dalam mengharungi Normal Baharu dan Era VUCA dalam Pendidikan memerlukan ketahanan dan jati diri
yang mesti dimiliki oleh setiap individu yang bergelar pendidik. Pendidik perlu mempunyai kemahiran yang
pelbagai (MULTISKILL) dan bukan sekadar menguasai ilmu yang perlu diterapkan kepada anak-anak didik semata-
mata. SEKAYA mengambil pendekatan untuk memperkasa 4 Bidang Keberhasilan (KRA) sebagaimana digariskan
dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) iaitu Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna, Pemimpin
Berkualiti, Guru Berkualiti dan Sokongan PIBG Komuniti selari dengan kedudukannya yang merupakan sekolah
yang terlibat secara langsung bagi Kohort Kelima TS25. Dalam masa yang sama, SEKAYA juga terlibat dalam
Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) yang menekankan kepada kepimpinan Pengetua berdasarkan
Sembilan Standard Kompentensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.
Sesi persekolahan tahun 2022 merupakan tahun ke-3 pelaksanaan kedua-dua program berkenaan dan
tentunya begitu mencabar dalam mempastikan kesemua Bidang Keberhasilan dan Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun berdepan dengan
pelbagai cabaran dalam usaha memberikan pendidikan kepada anak-anak bangsa, namun ia perlu dihadapi dengan
pendekatan yang lebih KREATIF dan INOVATIF dengan mengambil kira kepelbagaian yang wujud dalam
persekitaran pendidikan. SEKAYA sedar dan meraikan kepelbagaian ini dan mengambil usaha dan inisiatif bagi
mempastikan ia dapat menyokong untuk Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti. Oleh itu gerak kerja untuk
tahun 2022 ini mengambil Tema “MERAIKAN KEPELBAGAIAN, MENINGKATKAN KEBERHASILAN”, diharapkan
ianya dapat mencetuskan idea untuk warga SEKAYA melaksanakan program dan aktiviti untuk kecemerlangan
sekolah. Diharapkan dengan usaha yang dibuat dapat melahirkan anak-anak didik yang berjaya dan cemerlang,
bukan sahaja dalam pendidikan tetapi dalam kehidupan yang akan datang. Untuk warga SEKAYA, Ikhlaskan hati
dalam melaksanakan Amanah dan tanggungjawab, mudah-mudahan ada keberkatan.
Sekian, terima kasih.
‘SUCCESS SEKAYA’
HAJI HAMIM BIN YUNOS
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya (SEKAYA)
Kota Tinggi.
#successsekaya
17
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

