Page 17 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 17

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA




                                                           Kata alu-aluan









                PEGAWAI  PENDIDIKAN  DAERAH  KOTA
                TINGGI

                Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera, Salam Sehati Memperkasa Bangsa

                Bismillahirrahmanirrahim,
                       Saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang
                untuk  menyampaikan  sepatah  dua  kata  dalam  Buku  Panduan  Pengurusan  Sekolah  Tahun  2021.  Saya
                mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  setinggi-tinggi  tahniah  dan  penghargaan  kepada  barisan
                kepimpinan  sekolah  serta  warganya kerana telah  berjaya menghasilkan dokumen dalam  memperkasakan
                pengoperasian sekolah  yang  lebih  efisien  demi  kecemerlangan pendidikan sekolah-  sekolah  daerah  Kota
                Tinggi secara kolektif dan bersepadu.

                       Dalam situasi tidak berketentuan ini justeru pandemik Covid-19 yang masih menjadi ancaman, barisan
                kepimpinan,  warga  pendidik  dan  Anggota  Kumpulan  Pelaksana  (AKP)  di  sekolah  rendah  dan  menengah
                mampu  menjalankan  amanah, tugas  dan  tanggungjawab dengan  baik,  sempurna  dan  istiqamah. Tahniah
                dan  syabas  saya  dedikasikan  kepada  tuan/puan  semua  kerana  pelbagai  kejayaan  di  semua  peringkat
                sepanjang Tahun 2020  telah  banyak diraih.  Diharapkan  pada  tahun  2021,  seterusnya  pada  tahun-tahun
                mendatang akan  lebih  banyak  kejayaan  yang  bakal diperoleh  melalui  pencapaian  dalam  pelbagai  bidang
                oleh  semua  sekolah  di  daerah  Kota  Tinggi.  Oleh  yang  demikian,  jadikanlah    Buku  Panduan  Pengurusan
                Sekolah Tahun 2021 sebagai rujukan utama bagi memudahkan warga pendidik serta AKP merancang dan
                melaksanakan program sepanjang tahun ini dengan penuh yakin dan berjaya.

                       Bidang Pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi  memenuhi keperluan semasa yang
                bersifat  global.  Oleh  yang  demikian,  warga  pendidik  dan  AKP  merupakan  arkitek  sosial  yang  perlu
                menggalas  amanah  dan  tanggungjawab  dalam  mengurus  organisasi  dan  sumber  manusia  berpandukan
                SKPMg2  ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Menjelang 2025, semua sekolah di negara ini
                merupakan Sekolah TS25, dengan itu, pengurusan pembelajaran bermakna dan autentik dilihat amat seiring
                dengan  pemantapan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD).  Hal  ini  ditambah  pula  dengan  penggunaan
                pembelajaran digital dengan menggunakan pelantar DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
                Malaysia,   yang sewajarnya digunakan secara maksimum demi memperkasakan Pembelajaran Abad Ke-21.

                       Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Oleh
                itu, pada tahun 2021 ini, biarpun pelbagai cabaran bakal menghambat kita, saya yakin dan penuh percaya
                bahawa  barisan  kepimpinan  sekolah,  warga  pendidik  serta  AKP  akan  terus  menggembleng  serta
                memantapkan semua  kekuatan yang  ada   selari  dengan  Prinsip  Kerja  Pendidikan  Johor  juga  Hala  Tuju
                Pendidikan  Daerah  Kota  Tinggi  yang  merangkumi  elemen  Program  Strategik,  Kepimpinan,  Guru
                Berinspirasi,  Potensi  Murid,  Permuafakatan  Strategik  dan    Sokongan Profesional.  Selain  itu,    penerapan
                budaya kerja yang fleksibel, ambil peduli, dinamik, integriti dan legasi haruslah menjadi prinsip kerja utama
                kita dalam membawa Pendidikan Kota Tinggi ke persada antarabangsa.






                                                                                                           17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22