Page 19 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 19

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA


                                                  Perutusan pengetua




                                                هتاكربو للها ةحمرو مكيلع ملاسلا

                                               Salam Sederap Memacu Kejayaan


                       Alhamdulillah,  pertamanya  kita  panjatkan  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  SWT,  kerana  dengan
               keizinanNya dapatlah saya mencoretkan sepatah dua kata dalam Manual Pengurusan SEKAYA 2021.

                       Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan Manual Pengurusan ini. Manual
               Pengurusan ini telah ditambah baik selari dengan SKPMg2 iaitu instrumen bagi mengurus dan mentadbir
               sekolah  dengan  lebih  baik  dan  berkesan.  Dalam  situasi  Pendemik  Covid  19  sekarang  ini,  pelbagai
               cabaran  yang  perlu  dihadapi  dalam  Pendidikan,  oleh  sebab  itu  satu  panduan  mengurus  yang  efektif
               amat  perlu    bagi  memastikan  matlamat  akhir  iaitu  Kermenjadian  Murid  dan  Kualiti  Sekolah  dapat
               dicapai.

                       Dalam mengharungi  Gelombang ke-3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
               sesuatu anjakan perlu dilakukan terutamanya dalam proses pembelajaran dengan inovasi-inovasi bagi
               meningkatkan  kecemerlangan  dalam  bidang  Pendidikan.  SEKAYA  mengambil  pendekatan  untuk
               memperkasa 4 Bidang Keberhasilan (KRA) sebagaimana digariskan dalam Program Transformasi Sekolah
               (TS 25) iaitu Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna, Pemimpin Berkualiti, Guru Berkualiti
               dan  Sokongan  PIBG  Komuniti,  selaras  penglibatan  SEKAYA  merupakan  sekolah  yang  terlibat  secara
               langsung  iaitu  Kohort  Kelima  TS  25.  Dalam  masa  yang  sama  SEKAYA  juga  terpilih  dalam  Program
               Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) yang menekankan kepada kepimpinan Pengetua berdasarkan
               Sembilan Standard Kompentensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.  Tahun 2021 merupakan tahun ke-2,
               sekolah terlibat dengan kedua-dua program berkenaan.

                       Proses  Pendidikan  adalah  satu  berterusan  dan  dinamik,  oleh  itu  menjadi  satu  prasyarat  bagi
               pembimbing  dan  pemudahcara  dalam  pengajaran  untuk  sentiasa  mencari  dan  menimba  ilmu  bagi
               meningkatkan  kompentensi  masing-masing.  Berpegang  kepada  mandat  yang  diterima,  menjadi  satu
               keperluan  dan  tanggungjawab  untuk  semua  warga  Pendidikan,  khususnya  warga  SEKAYA  untuk
               menggembeling  tenaga  ,  sederap  bagi  mencapai  Visi  dan  Misi  untuk  kecemerlangan  sekolah  dan
               kemenjadian  pelajar.  Menyambut  amanah  dan  tanggungjawab  dari  Kementerian  Pendidikan,  Jabatan
               Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mempastikan kemenjadian pelajar secara holistik,
               maka SEKAYA memberi tumpuan kepada Program Strategik, kualiti guru dan jaringan serta jalinan. Di
               samping penekanan kepada Kerangka Kerja Sekolah dalam setiap bidang yang berkaitan selaras dengan
               maksud SEKAYA:


               S: SUCCESS- Tumpuan kepada mencapai kejayaan cemerlang
               E: EFFICIENT- Tumpuan kepada kecekapan dan prestasi

               K: KNOWLEDGE- Tumpuan kepada peningkatan  ilmu
               A: ATTITUDE- Tumpuan kepada perubahan sikap dan nilai-nilai positif

               Y: YIELD – Tumpuan kepada  keberhasilan

               A: ACTION- Tumpuan kepada tindakan dan amalan



                                                                                                           19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24