Page 85 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 85

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                               SMK TAMAN KOTA JAYA

                                              JAWATANKUASA MAJALAH

                 Merupakan  unit  yang  menjalankan  tugas  sepanjang  masa  untuk  merakamkan  aktiviti-aktiviti  yang
                 berlaku di  sekolah.  Semua aktiviti  yang  telah dilaksanakan  akan  direkodkan  dalam  bentuk  Majalah
                 Sekolah  yang  akan  dicetak  pada  hujung  tahun  dan  diedarkan  kepada  semua  pelajar  dan  guru
                 sebelum cuti akhir tahun persekolahan bermula.
                 1.      Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah  dan buletin sekolah.
                 2.      Menetukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek majalah.
                 3.      Menentukan mutu dan bentuk majalah.
                 4.      Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah sekolah diterbitkan
                 5.      Menyediakan anggaran belanjawan.
                 6.      Mengurus segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata aluan dari individu tertentu.
                 7.      Mengumpulkan  dan  menyunting  segala  rekod,  laporan  aktiviti  dan  kegiatan  sekolah  untuk
                         dimuatkan dalam majalah.
                 8.      Mengumpulkan, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar.
                 9.      Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.
                 10.     Mengumpulkan dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam majalah.
                 11.     Mengurus  penghantaran  bahan  cetakan  kepada  pihak  pencetak  dan  bertanggungjawab
                         menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna.
                 12.     Mengurus penyerahan majalah kepada pelajar, guru, pengiklan dan lain-lain agensi yang
                         difikirkan perlu.




                                      JAWATANKUASA LAWATAN PELAJAR/MELANCONG

                         Pengerusi                    :      Tn Haji Hamim Bin Yunos
                         Timbalan Pengerusi           :      En Jamsari Bin Ahmad
                         Naib Pengerusi 1             :      Tn Haji Mohaad Sariff Bin Abdullah
                         Naib Pengerusi 2             :      Pn Hajah P. Aida Binti Paimin
                         Naib Pengerusi 3             :      Pn Norli Binti Beeran Kutty
                         Naib Pengerusi 4             :      Pn Salinah Binti Haji Mohd Yusof
                         Setiausaha                   :      Pn Hajah Aminah Binti Md Yunus
                         Naib Setiausaha              :      Pn Hartati Binti Jumiran
                         AJK                          :      Pn Norhayati Binti Daud
                                                             Ketua Penasihat Kelab dan Persatuan
                                                                    Guru Bimbingan dan Kaunseling

                 7.0     Kegiatan Luar Lawatan Sambil Belajar
                 7.1     Tatacara pelajar.
                 7.1.1   Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
                 7.1.2   Pelajar dikehendaki menyediakan pakaian yang secukupnya mengikut atur cara.
                 7.1.3   Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan berkaitan.
                 7.1.4   Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik sekolah.
                 7.1.5   Pelajar dikehendaki sentiasa peka kepada arahan dan peraturan tempat lawatan.
                 7.1.6   Pelajar sentiasa berada dalam kumpulan.
                 7.1.7   Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan ,tunggu di satu tempat dan minta bantuan.
                 7.1.8   Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.
                 7.1.9   Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
                 7.1.10  Pelajar dikehendaki membuat catatan sepanjang program.
                 7.1.11  Pelajar dikehendaki menulis laporan/esei selepas program lawatan.
                 7.2     Tatacara guru / penasihat
                 7.2.1   Guru / penasihat dikehendaki menyediakan kertas kerja program dan dihantar untuk proses kelulusan pihak
                         pentadbir.
                 7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada JPNJ.
                 7.2.2   Guru / penasihat dikehendaki memastikan program berjalan mengikut jadual.
                 7.2.3   Guru / penasihat sentiasa memantau tentang bilangan pelajar setiap sesi.
                 7.2.4   Guru / penasihat memainkan peranan untuk memastikan program berjaya.
                 7.2.5   Guru / penasihat melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap atur cara.
                 7.2.6   Guru / penasihat dikehendaki menyediakan cenderamata untuk tempat-tempat lawatan ( jika perlu ).
                 7.2.7   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa mengawasi disiplin pelajar.
                 7.2.8   Guru / penasihat dikehendaki sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan pelajar.
                 7.2.9   Guru  /  penasihat  dikehendaki  mengambil  langkah  berjaga-jaga  yang  tinggi    dalam  semua  perkara  (
                         meramal risiko ).


                                                                                                              85
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90