Page 13 - 1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
P. 13
3. Dokumen berikut diperoleh daripada Syarikat Alatan Sukan Andre.
SALINAN B2365
INVOIS
Syarikat Alatan Sukan Andre
28 Jalan Muxin
54100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615987 Fax: 03-26150987
Kepada
Kedai Ma Yun
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Jalan Habibah
51400 Kuala Lumpur
Tarikh: 21 Mei 2022
Kuantiti Butir Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
10 Raket skuasy ‘Miko’ 85.00 850
25 Raket tenis ‘Nadia’ 120.00 3 000
30 Raket badminton ‘Wei Wei’ 75.00 2 250
6 100
Tolak: Diskaun niaga 10% 610
Jumlah 5 490
(Ringgit: Lima ribu empat ratus sembilan puluh sahaja)
Syarat : 5% 7 hari
Serahan : Angkutan dibayar
K. & K. di. K.
Andre
Ma Yun
............................ ............................
T. T. Penerima T. T. Pengurus
(a) Namakan Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Syarikat Alatan Sukan Andre untuk merekod
urus niaga tersebut.
(b) Nyatakan pihak yang akan menanggung bayaran angkutan yang dikenakan.
(c) Menurut syarat ‘K. & K. di K.’, siapakah yang berhak membetulkan sebarang kesilapan dan
ketinggalan dalam invois?
(d) Berdasarkan dokumen tersebut, kira jumlah yang perlu dibayar oleh Kedai Ma Yun pada 26 Mei
2022.
27
Soalan 3 (d):
Ingat, ambil kira diskaun tunai 5% semasa mengira jumlah yang perlu dibayar. TIP SOS

