Page 15 - 1202 Bank Soalan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
P. 15
6. Pada 11 Julai 2022, Syarikat Titan mengeluarkan invois kepada Kedai Yi Lin untuk barang yang
dibeli secara kredit berjumlah RM13 690. Kedai Yi Lin menerima 20% diskaun niaga bagi belian
tersebut. Syarat diskaun tunai adalah 15% 7 hari dan 10% 14 hari. Tiga hari kemudian, Kedai Yi Lin
memulangkan barang bernilai RM640 kerana rosak. KBAT
Hitung jumlah yang perlu dibayar jika Kedai Yi Lin menjelaskan hutang pada 15 Julai 2022.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
7. Pada setiap Pesta Tanglung, Su Min Bakery menawarkan diskaun niaga dan diskaun tunai untuk
melariskan jualan kuih bulannya. Pada tahun ini, pemilik Su Min Bakery bercadang untuk menawarkan
diskaun niaga dan diskaun tunai yang menarik seperti berikut: KBAT
• 5% diskaun niaga bagi pesanan melebihi 500 kotak dengan harga RM75.00 sekotak.
• 20% diskaun niaga bagi pesanan melebihi 1 200 kotak dengan harga RM75.00 sekotak.
• Diskaun tunai 3% 7 hari, 2% 14 hari
Pada 10 Oktober 2022, East Coast Mall telah membeli 600 kotak kuih bulan manakala Restoran Chung
Hwa membeli 1 250 kotak kuih bulan. East Coast Mall menjelaskan invois pada 15 Oktober 2022 dan
Restoran Chung Hwa pada 18 Oktober 2022. Hitung
(a) diskaun niaga yang diberikan kepada East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa,
(b) diskaun tunai yang diberikan kepada East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa,
(c) bayaran yang dibuat oleh East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa,
(d) kos sekotak kuih bulan bagi East Coast Mall dan Restoran Chung Hwa.
29
Soalan 7 (b):
Peratus diskaun tunai bagi East Coast Mall adalah tidak sama dengan Restoran Chung Hwa. TIP SOS

