Page 8 - Geografi Tg1_Studi&Praktis_Pan Asia Publications
P. 8
BAB 4
Lakaran Peta Malaysia
4.1 Kedudukan Negeri-Negeri di Malaysia
Asia Tenggara U Negeri-Negeri Ibu negeri
1 Perlis Kangar
1 1
2 2 Kedah Alor Setar
3 3 10 3 Pulau pinang George Town
4 11 Dunia 4 Perak Ipoh
5 Selangor Shah Alam
9 6 Negeri Sembilan Seremban
5
©PAN ASIA PUBLICATIONS
W1 7 Melaka Bandaraya Melaka
W2 6
7 8 Johor Johor Bahru
8 9 Pahang Kuantan
W3 13
10 Kelantan Kota Bharu
11 Terengganu Kuala Terengganu
12 Sarawak Kuching
12 13 Sabah Kota Kinabalu
Wilayah Persekutuan
W1 Kuala Lumpur
Peta 4.1: Peta Malaysia W2 Putrajaya
• Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. W3 Labuan
• Malaysia terletak di Asia dan merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara.
• Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik, iaitu di tengah-tengah jalan laut antara timur dengan barat.
• Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan.
• Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara dan Singapura di selatan. Sabah dan Sarawak
pula terletak di Pulau Borneo yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Brunei Darussalam.
• Malaysia sebuah negara yang stabil, kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
• Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum yang hidup secara bersatu padu dan harmoni.
4.2 Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Negara
• Kesemua negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri yang berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi sesebuah negeri.
• Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia pada tahun 1963. Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat
pentadbiran, pusat perniagaan, kewangan dan kebudayaan.
• Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tahun 2001. Nama
Putrajaya diambil bersempena dengan nama Perdana Menteri yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Penilaian Tahap Penguasaan 4.1
1. Tuliskan dua maklumat tentang kedudukan negara Malaysia.
(a) (b)
2. Senaraikan negara jiran yang bersempadan dengan negara Malaysia.
3. Tuliskan nama negeri berdasarkan keterangan pada jadual di bawah.
(a) Negeri paling kecil di Malaysia
(b) Negeri paling besar di Malaysia
(c) Negeri paling besar di Semenanjung Malaysia
4. Mengapakah Malaysia sebuah negara yang kurang berlaku bencana alam seperti angin taufan dan letusan
gunung berapi?
5. Nyatakan peranan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.
18

