Page 3 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 3

BAB
                 1             Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan                                               BAB 1







                     1.0       Pengenalan                                                                  Buku Teks
                                                                                                            m.s. 5 – 8


                 1.  Perniagaan ialah satu aktiviti      urus niaga      yang melibatkan          barang         atau
                      perkhidmatan      di antara dua pihak iaitu       penjual           dan         pembeli
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                   untuk memenuhi          keperluan       dan           kehendak          bagi tujuan mendapatkan
                       keuntungan     .

                 2.  Aktiviti perniagaan akan melibatkan   pertukaran   nilai antara penjual dan pembeli bagi membolehkan
                   penjual mendapatkan     keuntungan    .

                 3.  Terdapat     enam         komponen asas dalam perniagaan iaitu;
                   (a)  Barang dan pekhidmatan:

                                                                          Ciri-ciri

                       Barang           (i)  Sesuatu yang mempunyai bentuk      fizikal     .
                                        (ii)  Objek yang boleh   disentuh      dan       dilihat       .
                                        (iii)  Contoh:    makanan      ,      komputer     . dan        beg        .


                       Perkhidmatan     (i)  Satu aktiviti yang memberi   faedah       kepada pengguna dan peniaga.
                                        (ii)  Tidak mempunyai bentuk      fizikal      secara khusus.

                                        (iii)  Disalurkan terus kepada    pengguna     oleh peniaga yang menyediakan
                                            perkhidmatan tersebut.
                                        (iv)  Contoh:    pengangkutan  ,    agensi pelancongan   dan    insurans   .

                   (b)  Memenuhi keperluan dan kehendak:

                                                                          Ciri-ciri

                       Keperluan        (i)  Sesuatu yang menjadi perkara asas kepada manusia untuk meneruskan
                                                 kehidupan     .

                                        (ii)       Terhad      , mudah diperoleh dan sama bagi setiap individu.
                                        (iii)  Contoh:   makanan        ,     pakaian       dan    tempat tinggal  .

                       Kehendak         (i)  Sesuatu  yang  diperlukan   oleh  manusia   bagi   tujuan  mendapatkan
                                                 keselesaan      dalam kehidupan.

                                        (ii)  Tidak terhad, sukar dipuaskan dan   berbeza     antara individu.
                                        (iii)  Contoh:    kereta mewah  ,     televisyen     dan      perabot

                   (c)  Pertukaran nilai:
                      (i)  Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberi sesuatu yang bernilai (wang) kepada
                          penjual sebagai     balasan        kepada produk yang diperoleh.

                      (ii)  Urus niaga ini berlaku apabila mempunyai   persetujuan   antara penjual dengan pembeli pada
                          harga yang ditetapkan.

                                                                 1




       Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd   1                                                                    4/13/2022   9:06:29 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8