Page 4 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 4
(d) Penjual dan pembeli:
Ciri-ciri
BAB 1 (i) Penjual • Individu yang menawarkan barang atau pekhidmatan.
(ii) Pembeli • Individu yang memerlukan atau mengkehendaki barang atau perkhidmatan
tersebut.
(e) Kontrak perniagaan:
(i) Perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
(ii) Pihak tersebut akan terikat secara sah pada perjanjian yang telah dipersetujui.
(f) Keuntungan perniagaan:
(i) Lebihan daripada hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat.
(ii) Keuntungan yang tinggi melambangkan imej dan kecemerlangan sebuah perniagaan
itu.
(iii) Perniagaan akan menyumbang semula sebahagian daripada keuntungan kepada masyarakat
setempat.
4. Aktiviti perniagaan dapat dikelaskan kepada dua iaitu:
(a) Aktiviti perniagaan berasaskan barang .
(i) Aktiviti berasaskan barang melibatkan faktor-faktor pengeluaran untuk menhasilkan barang
fizikal .
(ii) Faktor-faktor pengeluaran seperti bahan mentah , buruh , modal dan tanah.
(b) Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan .
(i) Aktiviti yang melibatkan penawaran barang tidak nyata yang dapat memberi keselesaan ,
kepuasan dan kecekapan kepada pengguna.
1.1 Tujuan Perniagaan m.s. 11-16
Buku Teks
1. Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau
organisasi kepada pembeli .
2. Tujuan perniagaan juga melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran wang untuk mendapatkan
barang atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna.
3. Organisasi perniagaan ialah sekumpulan individu yang menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat. Organisasi ini terbahagi kepada dua.
4. Organisasi Bermotifkan Untung (OBU):
(a) Organisasi yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran dalam menghasilkan barang atau
perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pengguna bagi tujuan memperoleh keuntungan .
(b) Keuntungan penting pada OBU kerana:
(i) Keuntungan dapat mengukur tahap prestasi perniagaan sepanjang operasi perniagaan.
2
Modul A+ Pnigaan Tg4 B1 4th.indd 2 4/13/2022 9:06:29 AM

