Page 20 - Grab Me SPM Tatabahasa Tingkatan 4,5
P. 20

208
                       ©PAN ASIA PUBLICATIONS
           Bil.  Perumpamaan         Maksud                   Contoh Ayat
           5   Bagai bulan jatuh   Mendapat sesuatu yang  Nasib Murni memang baik bagai bulan jatuh
               ke riba          tidak disangka-sangka.  ke riba, dia ditawarkan jawatan sebagai
                                                  pembantu pengurus di Syarikat Indah Travel
                                                  sedangkan dia masih belum menamatkan
                                                  pengajiannya.
           6   Bagai bulan      Perempuan yang    “Cantiknya model pakaian muslimah ini,
               purnama empat    memiliki wajah yang   bagai bulan purnama empat belas.” Ucap
               belas            sangat cantik.    Siti kepada rakannya sambil menunjukkan
                                                  gambar model muslimah yang tertera pada
                                                  skrin telefon pintarnya.
           7   Bagai dakwat     Hubungan yang sangat   Ibu dan ayah Rahman memang bagai dakwat
               dengan kertas    erat.             dengan kertas. Mereka berkawan baik sejak
                                                  di bangku sekolah rendah lagi sehinggalah
                                                  bertemu jodoh. Walau ke mana sahaja mereka
                                                  pergi, mereka tidak pernah berpisah.
           8   Bagai kera       Seseorang yang tidak   Sikap Surya yang bagai kera mendapat
               mendapat bunga   tahu menghargai   bunga itu amat mengecewakan kerana
                                pemberian orang.  dia membiarkan sahaja bunga pemberian
                                                  sahabatnya di atas kerusi begitu sahaja.








       Grab ME SPM Tatabhs B3 5th.indd   208                               11/30/2021   4:36:32 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23