Page 18 - Grab Me SPM Tatabahasa Tingkatan 4,5
P. 18

Bil.  Simpulan Bahasa      Maksud                   Contoh Ayat
           18  Gulung tikar     Muflis dalam perniagaan.  Banyak syarikat besar terpaksa
                                                     gulung tikar akibat kegawatan ekonomi
                                                     semasa pandemik COVID-19.
           19  Hangat hati      Terlalu marah.       Azmil berasa hangat hati melihat sikap
                                                     abangnya yang suka meninggikan suara
                                                     apabila bercakap dengan ibunya.
           20  Hidung tinggi    Sombong dan berasa   Pemuda yang hidung tinggi itu terlalu
                                megah.               bangga dengan kekayaan yang dimiliki oleh
                                                     keluarganya.
                                                     Adik berasa kecil hati dengan sikap emak
           21  Kecil hati ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                                Berasa tersinggung
                                terhadap sesuatu perkara.  yang tidak habis-habis memuji kakak yang
                                                     pandai membuat kek kegemarannya.
           22  Kera sumbang     Suka mengasingkan diri;   Shila digelar kera sumbang oleh
                                tidak suka bergaul dengan  rakan-rakannya kerana lebih suka duduk
                                orang lain.          seorang diri.
           23  Langkah kanan    Bernasib baik.       Adli dan kawan-kawannya memang
                                                     langkah kanan kerana mereka tiba ketika
                                                     kami sedang menikmati buah-buahan yang
                                                     baru dipetik dari ladang.
                                                                                  187


       Grab ME SPM Tatabhs B3 5th.indd   187                               11/30/2021   4:36:30 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23