Page 8 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 8
2. Perbualan berikut berkaitan dengan dua orang sahabat yang tinggal bersama dalam sebuah rumah.
Bantu dua orang sahabat ini menyelesaikan masalah ekonomi mereka. TP 4 KBAT Menganalisis
Zainab : Maryam, wang yang kita kumpul sekarang ialah sebanyak RM2 500 BAB 1
Maryam : Wah, banyak tu! Bolehlah kita gunakan wang itu untuk beli peti ais dan mesin basuh.
Zainab : Tak boleh Maryam. Harga mesin basuh pun sudah mencecah RM2 300.
Kedua-dua sahabat tersebut menghadapi masalah kekurangan pendapatan . Akibat daripada
masalah kekurangan, mereka terpaksa membuat pilihan . Apabila pilihan dibuat, maka wujudlah
kos lepas . Kos lepas ialah pilihan yang mungkin daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa
©PAN ASIA PUBLICATIONS
dilepaskan akibat pemilihan barangan terbaik. Jika mereka memilih untuk membeli mesin basuh , maka
kos lepasnya ialah peti sejuk .
3. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah kilang pembuatan kerepek. TP 4 KBAT Menganalisis
Encik Umar dan Encik Uwais merupakan rakan kongsi yang mengusahakan kilang kerepek di kampung
mereka. Dengan modal sedia ada sebanyak RM2 juta, mereka telah mengemukakan cadangan masing-
masing bagi menampung permintaan kerepek yang semakin meningkat, Encik Umar bercadang ingin
membina sebuah kilang kerepek yang baharu dengan anggaran modal sebanyak RM1.8 juta. Encik Uwais
pula mencadangkan agar syarikat membeli kilang perusahaan kicap yang telah lama ditinggalkan dengan kos
sebanyak RM1.5 juta.
Dengan mengambil kira konsep kos lepas, anda dikehendaki membuat pilihan salah satu cadangan yang
dikemukakan oleh kedua-dua rakan kongsi berkenaan. Berikan hujah bagi menyokong pilihan anda.
– Kos lepas merujuk kepada keuntungan yang mungkin daripada projek pelaburan kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan untuk mendapatkan projek pelaburan yang dipilih.
– Wujud akibat daripada kekurangan modal.
– Pilihan perlu dibuat bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.
– Pilihan sama ada membina kilang baharu atau membeli kilang sedia ada.
– Kos lepas wujud apabila pilihan yang memberikan keuntungan yang maksimum dipilih.
– Jika pembinaan kilang baharu dipilih, maka kos lepasnya ialah pembelian kilang sedia ada.
– Jika pembelian kilang sedia ada dipilih, maka kos lepasnya ialah pembinaan kilang baharu.
4. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah kerajaan. TP 4 KBAT Menganalisis
Bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat, kerajaan bercadang ingin membina sebuah hospital baharu
dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta. Pada masa yang sama, kerajaan juga ingin mendirikan sebuah
sekolah yang baharu bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin meningkat dengan anggaran
kos sebanyak RM428 juta.
Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi di atas.
– Kerajaan mengalami kekurangan hasil negara berbanding projek pembangunan yang ingin dijalankan.
– Pilihan perlu dibuat bagi mendapatkan kebajikan yang maksimum.
– Pilihan sama ada membina hospital baharu atau sekolah baharu.
– Kos lepas wujud apabila projek pembangunan yang maksimum dipilih.
– Jika hospital baharu dipilih, maka kos lepasnya ialah sekolah baharu.
– Jika sekolah baharu dipilih, maka kos lepasnya ialah hospital baharu.
5
Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) B1 4th.indd 5 10/12/2021 10:01:11 PM

