Page 9 - Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 4
P. 9
F Keluk Kemungkinan Pengeluaran
1. Berikan definisi keluk kemungkinan pengeluaran. TP 1
BAB 1 Keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan
menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu.
2. Analisis ke atas keluk kemungkinan pengeluaran dibuat bagi menunjukkan perkaitan antara masalah kekurangan,
pilihan dan kos lepas. TP 1
3. Kecerunan keluk pengeluaran menunjukkan kos lepas apabila jumlah sesuatu barang ditambah.
TP 1
©PAN ASIA PUBLICATIONS
4. Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan jawapan yang betul. TP 2
Ekonomi telah Ekonomi hanya
mencapai guna mengeluarkan
tenaga penuh. dua jenis
barang.
Andaian keluk
kemungkinan
pengeluaran
Sumber
ekonomi yang Tingkat
dimiliki adalah teknologi adalah
terhad dan tetap. tetap.
5. Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang X dan barang Y. TP 5
Barang Y KBAT Menganalisis
A
B
E
D
C Barang X
Berdasarkan rajah, isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
(a) Paksi menegak menunjukkan jumlah barang Y yang dikeluarkan manakala paksi mendatar
menunjukkan jumlah barang X yang dikeluarkan.
(b) Pada titik A , semua faktor pengeluaran telah digunakan untuk mengeluarkan
barang Y . Maka, tiada barang X dikeluarkan. Pada titik C pula, semua faktor pengeluaran
digunakan untuk mengeluarkan barang X . Maka tiada barang Y dikeluarkan.
(c) Di sepanjang titik A, B dan C juga berlaku masalah pilihan barang yang ingin dikeluarkan.
Apabila pilihan keluaran dibuat, maka wujudlah kos lepas . Kos lepas ditunjukkan oleh
kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran, iaitu perubahan unit barang X
dibahagi dengan perubahan unit barang Y .
6
Modul A+ Ekonomi Tg4 (21) B1 4th.indd 6 10/12/2021 10:01:11 PM

