Page 28 - Spotlight A+ Tg 4 & 5 Biologi KSSM
P. 28
Tg 5
Biologi Bab 2 Struktur dan Fungsi Daun
Aktiviti 2.1
Meramal kesan kekurangan air dalam tumbuhan terhadap pembukaan dan penutupan stoma
B
B BAB Tajuk: Kesan kekurangan air dalam tumbuhan terhadap pembukaan dan penutupan stoma
A
1 2 Tujuan: Untuk membandingkan kehilangan air dari epidermis atas dan epidermis bawah daun eudikot.
Bahan: Daun bunga raya segar, jeli petroleum dan benang
Radas: Penimbang elektronik, jam randik dan kaki retort
Prosedur:
1. Empat daun bunga raya yang sama saiz dipilih.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2. Keempat-empat daun A, B, C dan D diperlakukan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.9.
A B C D
Tidak disapu jeli Permukaan atas Permukaan bawah Kedua-dua
petroleum sahaja disapu jeli sahaja disapu jeli permukaan disapu
petroleum petroleum jeli petroleum
Rajah 2.9
3. Jisim awal setiap daun diukur dengan penimbang elektronik dan direkodkan.
4. Dua kaki retort diikat dengan benang dan diletakkan di bawah cahaya matahari.
5. Keempat-empat daun itu digantungkan ke benang seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.9.
6. Jam randik dimulakan dan dibiarkan selama 30 minit.
7. Selepas 30 minit, jisim akhir setiap daun diukur dengan penimbang elektronik.
8. Keputusan dicatatkan dalam Jadual 2.4.
Keputusan:
Jadual 2.4
Permukaan disalut dengan jeli Jisim awal Jisim akhir Peratus kekurangan jisim
Daun
petroleum (g) (g) (%)
A Tiada 0.5 0.30 40
B Atas 0.5 0.32 36
C Bawah 0.5 0.48 4
D Atas dan bawah 0.5 0.50 0
Perbincangan:
1. Daun A mempunyai peratus penurunan jisim tertinggi kerana kedua-dua permukaannya adalah
terdedah kepada cahaya matahari langsung, penyejatan air dari daun adalah paling tertinggi.
2. Daun B mempunyai peratus penurunan jisim kedua tinggi kerana epidermis bawah dengan lebih
banyak stoma terdedah kepada cahaya matahari langsung. Taburan stoma yang lebih tinggi pada
epidermis bawah menyebabkan lebih banyak air hilang daripada daun.
3. Daun C mempunyai peratus penurunan jisim yang sangat rendah kerana permukaan atasnya kurang
stoma. Taburan stoma yang rendah pada epidermis atas tidak menyebabkan banyak air yang hilang
daripada daun.
4. Daun D dengan kedua-dua permukaannya ditutup dengan jeli petroleum yang tidak telap air. Stoma
yang tertutup menyebabkan hampir tiada penyejatan air dari daun.
Kesimpulan:
Stoma menyebabkan air menyejat dari daun. Taburan stoma yang lebih tinggi pada epidermis bawah daun
menyebabkan kehilangan air yang lebih banyak berbanding dengan epidermis atas.
306 2.2.4
B02 SpotlightA+ Biologi Tg5.indd 306 25/03/2021 10:37 PM

