Page 31 - Spotlight A+ Tg 4 & 5 Biologi KSSM
P. 31
Tg 5
Bab 2 Struktur dan Fungsi Daun Biologi
Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi
Kadar Transpirasi
Maklumat tambahan transpirasi
1. Sekiranya kadar transpirasi meningkat, kadar http://bit.ly/3uxXpkc
penyerapan air oleh akar juga meningkat. B BAB B
A
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar 2 2
transpirasi juga mempengaruhi pengambilan
air oleh tumbuhan.
3. Sekiranya air tidak mencukupi, tumbuhan 4. Rajah 2.12 menunjukkan faktor persekitaran
mungkin akan layu. yang mempengaruhi kadar transpirasi.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar transpirasi
Keamatan cahaya
• Peningkatan keamatan cahaya:
meningkatkan kadar transpirasi.
merangsang pembukaan stoma untuk membolehkan lebih banyak karbon dioksida
meresap ke dalam daun untuk menjalankan proses fotosintesis.
• Apabila fotosintesis meningkat, jumlah glukosa yang tersimpan dalam sel pengawal Kadar transpirasi
meningkat.
• Ini menurunkan keupayaan air sel pengawal, sehingga lebih banyak air meresap ke sel
pengawal dan membuka stoma. Keamatan cahaya
• Pada waktu malam, stoma tertutup dan kadar transpirasi menurun.
Suhu
• Peningkatan suhu:
meningkatkan kadar transpirasi.
menyebabkan penyejatan dan peresapan berlaku lebih cepat.
menyebabkan permukaan dinding sel mesofil ditutup dengan lapisan air
yang nipis. Haba menyebabkan air menyejat dari permukaan luar sel mesofil, Kadar transpirasi
menepukan ruang udara antara sel dengan wap air.
menyebabkan udara di atmosfera (di luar stoma) menjadi lebih kering.
• Kecerunan kepekatan menyebabkan wap air meresap keluar dari stoma ke atmosfera. Suhu
• Keupayaan menyerap wap air untuk udara panas adalah lebih tinggi daripada udara sejuk.
Pergerakan udara:
• Peningkatan kelajuan udara:
meningkatkan kadar transpirasi.
membantu menyingkirkan wap air, meningkatkan kadar peresapan wap air dari daun Kadar transpirasi
menyebabkan kecerunan kepekatan antara ruang udara antara sel-sel daun dengan
atmosfera di luar meningkat. Hal ini meningkatkan kadar transpirasi.
• Semasa udara tenang, wap air yang meresap keluar dari daun terkumpul di sekitar stoma.
Hal ini mengurangkan kecerunan kepekatan air dan menurunkan kadar transpirasi. Pergerakan udara
Kelembapan relatif udara
• Peningkatan kelembapan relatif udara:
menurunkan kadar transpirasi.
menyebabkan peresapan wap air dari daun dan penyejatan air dari stoma menjadi
perlahan kerana udara tepu dengan wap air. Kadar transpirasi
• Penurunan kelembapan relatif udara:
menyebabkan kecerunan kepekatan air yang curam antara udara lembap dalam
stoma dan udara kering di luar stoma. Oleh itu, kadar transpirasi akan lebih cepat.
• Udara panas memiliki kelembapan relatif lebih rendah daripada udara sejuk. Kelembapan
meresap ke sel pengawal dan membuka stoma.
• Udara yang lebih sejuk mempunyai kelembapan relatif yang lebih tinggi kerana molekul air mempunyai kurang
tenaga dan lebih mudah berkondensasi. Udara yang lebih panas akan mempunyai kelembapan relatif yang lebih
rendah kerana molekul air mempunyai lebih banyak tenaga dan kurang cenderung untuk berkondensasi.
Rajah 2.12 Faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar transpirasi
Cuba soalan 2 hingga 5 dalam Zon Formatif 2.3
2.3.2 309
B02 SpotlightA+ Biologi Tg5.indd 309 25/03/2021 10:37 PM

