Page 6 - Grab Me SPM Perniagaan Tingkatan 4,5
P. 6
52
52
Pasaran
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Usahawan perlu mengenal pasti trend pasaran agar produk atau perkhidmatan selari dengan trend
pasaran semasa dan disesuaikan dengan kaedah pemasaran yang berkesan.
Pasaran Untuk Semua Pasaran Produk Pasaran Kewangan
Produk yang Berkaitan dengan Berkaitan dengan
dikeluarkan adalah permintaan dan jual beli alat kewangan
ditawarkan kepada penawaran semua
semua pengguna jenis produk Contoh: saham,
pertukaran wang asing,
Contoh: sabun pencuci Contoh: perumahan pelaburan
Trend Guna Tenaga, Pendapatan dan Pertumbuhan Ekonomi
1. Sesebuah perniagaan akan berusaha untuk mempertingkatkan pendapatan syarikat.
2. Syarikat boleh mempelbagaikan hasil pendapatan dengan cara:
(a) Penyewaan bangunan.
(b) Dividen daripada pelaburan saham.
(c) Faedah daripada simpanan wang di bank.
3. Pendapatan syarikat perlu ditingkatkan untuk menjamin pertumbuhan sesebuah perniagaan.
4. Oleh itu, perniagaan perlu beroperasi dengan cekap dan memberi keuntungan maksimum
kepada perniagaan.

