Page 19 - 1202 Bank Soalan Kimia Tingkatan 4 KSSM
P. 19

KERTAS 3


             Anda dikehendaki membandingkan kekonduksian elektrik antara leburan X dan leburan Y.
             Sediakan susunan radas seperti dalam Rajah 1 dan jalankan eksperimen mengikut prosedur yang diberikan.

             Prosedur:
               1.  Isi mangkuk pijar dengan pepejal X hingga separuh penuh.              Bateri
               2.  Letakkan elektrod karbon ke dalam pepejal X.                                    Suis
               3.  Lengkapkan litar  dengan menyambungkan elektrod  karbon ke suis,   Mentol
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                 mentol dan bateri.                                                                 Elektrod
               4.  Hidupkan suis dan perhatikan sama ada mentol menyala atau tidak.   Mangkuk       karbon
                                                                             pijar
                 Matikan suis.                                                                      Pepejal X
               5.  Kemudian, panaskan pepejal X sehingga menjadi leburan. Hidupkan
                 suis sekali lagi dan perhatikan sama ada mentol menyala atau tidak.    Panaskan
               6.  Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan pepejal Y.
                                                                                        Rajah 1
             Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, jawab soalan yang berikut.
               1.  Lengkapkan Jadual 1.                                                              [6 markah]
                   Sebatian    Keadaan fizik      Pemerhatian                       Inferens
                                  Pepejal
                      X
                                  Leburan
                                  Pepejal
                      Y
                                  Leburan
                                                          Jadual 1

               2.  Untuk eksperimen ini, nyatakan:                                                   [3 markah]
                 (a)  Pemboleh ubah dimanipulasikan
                 (b)  Pemboleh ubah bergerak balas
                 (c)  Pemboleh ubah dimalarkan
               3.  Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.                                     [2 markah]
               4.  Nyatakan definisi secara operasi bagi kekonduksian elektrik dalam eksperimen ini.   [2 markah]
               5.  Terangkan mengapa leburan sulfur tidak boleh mengkonduksikan elektrik.            [2 markah]



              Nota:
              Sekiranya anda tidak dapat menjalankan eksperimen seperti yang dihuraikan di atas, anda boleh menjawab soalan
              dengan menggunakan sampel data yang berikut:


                   Sebatian    Keadaan fizik      Pemerhatian                       Inferens
                                  Pepejal    Mentol tidak menyala   Sebatian X boleh mengkonduksikan elektrik
                      X           Leburan    Mentol menyala         dalam keadaan leburan tetapi tidak dalam
                                                                    keadaan pepejal.
                                  Pepejal    Mentol tidak menyala   Sebatian Y tidak boleh mengkonduksikan
                      Y                                             elektrik dalam keadaan pepejal dan leburan.
                                  Leburan    Mentol tidak menyala















             68
   14   15   16   17   18   19   20   21   22