Page 15 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 5
P. 15
Pentaksiran 3
Jawab semua soalan yang diberikan.
[35 markah]
Soalan 1: Morfologi
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Baca petikan di bawah dengan teliti, dan senaraikan satu kata bilangan tak tentu dan dua kata adjektif
yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Zoo Negara Malaysia ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya
oleh Persatuan Zoologikal Malaysia, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama
dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Zoo Negara Malaysia
mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Zoo Negara Malaysia bermula dengan koleksi induknya yang kini telah
berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni oleh kira-kira 5 000 haiwan ini telah
mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga
para pengunjung. Zoo Negara Malaysia kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90 peratus haiwan
ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran
asalnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Laman web rasmi wikipedia, ensiklopedia bebas
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zoo_Negara
[6 markah]
(i)
Perkataan Ayat
(ii)
Perkataan Ayat
(iii)
Perkataan Ayat
106
1201 Tatabhs Tg5 UP3 5th.indd 106 8/5/2021 4:12:23 PM

