Page 12 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 5
P. 12
Pentaksiran 1
Jawab semua soalan yang diberikan.
[35 markah]
Soalan 1: Morfologi
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata penguat dan satu kata penegas yang terdapat
dalam petikan di bawah. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kesedaran yang tepat amat diperlukan supaya masyarakat mengetahui bahawa vaksinasi
kanak-kanak pada era ini memiliki sangat banyak manfaat berbanding dengan potensi risiko kesihatan.
Vaksinasi terbukti melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang membawa maut seperti polio,
tetanus dan difteria, selain menghapus atau mengurangkan penularan penyakit berbahaya secara meluas.
Kurangnya kesedaran terhadap vaksinasi kanak-kanak di Malaysia diburukkan lagi dengan kebangkitan
gerakan antivaksinasi.
Hal ini didorong oleh pertambahan persepsi bahawa vaksinasi kanak-kanak berisiko tinggi, ditambah
tuntutan komplikasi kesihatan seperti autisme. Hakikatnya, kita semua perlu sedar bahawa vaksinasi
terbukti membawa lebih banyak manfaat, terutamanya kepada kanak-kanak.
Dipetik dan diubah suai daripada
Didik Masyarakat Bahaya Pengabaian Vaksinasi
Oleh Farhan Kamarulzaman
BH Online, 13 November 2020
[6 markah]
(i)
Perkataan Ayat
(ii)
Perkataan Ayat
(iii)
Perkataan Ayat
97
1201 Tatabhs Tg5 UP1 5th.indd 97 8/5/2021 4:17:21 PM

