Page 1 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 1

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK: PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (KUFUR)

               1      SOALAN          Apakah maksud kufur ?
                      JAWAPAN         Maksud  kufur  ialah  tidak  percaya  kepada  Allah  SWT  serta
                                      mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

               2      SOALAN          Senaraikan tiga contoh kufur nikmat?
                      JAWAPAN         Contoh kufur nikmat ialah
                                         1.  Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
                                         2.  Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah
                                         3.  Boros dalam berbelanja

               3      SOALAN          Huraikan dua faktor  yang mendorong ke arah kekufuran.
                      JAWAPAN         Faktor yang mendorong ke arah kekufuran.
                                         1.  Pegangan agama yang tidak kukuh / kuat / lemah iman tidak
                                             dapat membezakan perbuatan yang membawa pahala atau dosa
                                         2.  Terpengaruh      dengan    hawa     nafsu    yang    inginkan
                                             keseronokan dan kebebasan.
                                         3.  Kesempitan  hidup  yang  menyebabkan  seseorang  sanggup
                                             melakukan kekufuran demi memenuhi keperluan hidup.

               4      SOALAN          Jelaskan dua cara menghindari perbuatan kufur.
                      JAWAPAN         Cara menghindari perbuatan kufur.
                                         1.  Mendalami ilmu agama
                                         2.  Menghadiri kelas-kelas agama
                                         3.  Menjauhkan diri dari mereka yang melakukan perbuatan kufur
                                         4.  Banyak membaca al-quran / berzikir

               TAJUK : PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (RIDDAH)

               1      SOALAN          Apakah pengertian riddah?
                      JAWAPAN         Maksud riddah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam

               2      SOALAN          Terangkan dua sebab berlakunya murtad.
                      JAWAPAN         Sebab berlakunya murtad ialah
                                         1.  Lemah pegangan agama kerana / tidak mendapat bimbingan
                                             yang sepatutnya
                                         2.  Jahil tentang akidah  / yang betul
                                         3.  Tiada mendapat bimbingan dan perhatian / selepas memeluk
                                             Islam
                                         4.  Terpengaruh  dengan  agama  bukan  Islam  /  yang  dilihat
                                             tidak terlalu mengongkong penganutnya.

               3      SOALAN          Jelaskan dua kesan perbuatan murtad terhadap individu.
                      JAWAPAN         Kesan perbuatan murtad terhadap individu.
                                         1.  Hubungan suami isteri terfasakh
                                         2.  Haram menerima harta pusaka daripada waris
                                         3.  Haram dikebumikan di perkuburan Islam
                                         4.  Menjadi penghuni neraka/dimurkai Allah



               1 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   1   2   3   4   5   6